Cheesecake Nutella
Nutella Cheesecake, creamy dengan rasa cream cheese dan penuh rasa coklat hazelnut cream yang cair di mulut. Dihias pulak dengan topping Nutella yang menambahkan lagi rasa rich Nutella pada cheesecake ini. Penggemar Nutella harus cuba resepi ni, tak perlu bake pun. Sesiapa yang nak cuba berniaga dengan premium cheesecake ini pun boleh.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 ½ paket biskut oreo (biskut sahaja), anggaran 21 keping
- 70g / 5 sudu besar mentega
- 500g krim keju
- krim/inti tengah oreo
- 1 sudu kecil esen vanila
- 125g coklat gelap
- 150g krim nutella
- 3/4 sudu besar serbuk gelatin + 3 sudu besar air panas
- 250ml dairy whipping cream
- anggaran 100g krim nutella
- 1Asingkan kepingan biskut oreo dan krimnya.
- 2Hancurkan kepingan biskut oreo kepada serbuk halus.
- 3Cairkan butter dan tuang kedalam serbuk biskut orea lalu gaul sehingga sekata.
- 4Tuang masuk kedalam loyang serta tekan dan ratakan biskut orea sebagai lapisan bawah cheesecake.
- 5Sejukkan kedalam peti sejuk.
- 1Panaskan atau double boil coklat gelap sehingga cair dan ketepikan dahulu.
- 2Tekan dan hancurkan krim keju lalu masukkan krim/inti tengah oreo. Gaulkan kesemuanya.
- 3Putar krim putar tenusu yang sejuk sehingga kental dan pekat.
- 4Masukkan esen vanilla, coklat gelap, krim Nutella, dan gelatin kedalam adunan krim keju sambil digaul adunan.
- 5Masukkan krim putar sedikit demi sedikit dan gaul bahan adunan sehingga sekata.
- 1Tuang adunan cheese kedalam loyang diatas lapisan biskut yang telah disejukkan.
- 2Ratakan adunan lapisan cheese dan hentakkan adunan beberapa kali bagi hilangkan ruang udara didalam loyang.
- 3Tutup loyang dengan aluminium foil lalu simpan dalam peti sejuk dalam anggaran masa minimum 4-5 jam.
- 4Keluarkan daripada loyang dan ratakan bahagian tepi cheesecake supaya lebih kemas.
- 5Hias menggunakan krim Nutella yang telah dimasukkan kedalam piping bag mengikut kreativiti.
- 6Kemudian, cheesecake Nutella siap untuk dihidang.
- •Cara hancurkan biskut oreo adalah samada menggunakan food processor, mesin pengisar kering atau gunakan plastik dengan ketuk biskut secara manual.
- •Jika mahu menggacau krim keju bersama bahan lain, boleh sahaja digunakan electric hand mixer atau stand mixer. Jika tidak, gunakan saja senduk untuk gaul sebati kesemua bahan.
- •Bancuhan gelatin mestilah digaul dengan air panas kemudian, bancuhan dipanaskan seperti double boil tetapi hanya cairkan dengan air panas supaya gelatin menjadi cair sekata. Pastikan bancuhan gelatin dalam keadaan suam untuk dimasukkan kedalam adunan cheesecake.
- •Gunakan kain yang direndam dengan air suam dan lilit loyang supaya cheesecake Nutella mudah tertanggal daripada loyang.
- •Cheesecake Nutella juga boleh dihiaskan selain Nutella seperti buah strawberry, coklat Kitkat dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.
- •Jika mahu memotong kek, rendamkan pisau dengan air panas dan lap pisau setiap kali sebelum dan selepas potong cheesecake.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Biskut Hazelnut Nutella
Biskut Hazelnut Nutella yang simple tetapi menarik kerana di letakkan filling nutella di tengah. Sesuai jika dihidangkan...
Diterbitkan pada 9 Julai 2015

Muffin Nutella
Resepi Muffin Nutella, resepi muffin yang paling mudah dan sangat sedap. Hanya perlukan 3 bahan utama untuk menghasilkan...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!