
Karipap Rangup Inti Keledek
Kali ni Che Nom nak share resepi karipap inti keledek yang rangup. Karipap memang sedap sangat makan waktu berbuka puasa kan. Cara nak buat untuk karipap macam ni lebih mudah lah berbanding karipap pusing. Bagi Che Nom karipap yang perfect lah kan, kulitnya mesti nipis dan rangup, kelim tepi nya halus tak tebal dan inti tu kena penuh, baru lah perfect. Ada satu bahan kali ni yang Che Nom masukkan dalam doh kali ni untuk dapatkan kulit yang rangup dan masih rangup bila sejuk. Inti keledek pula memang sedap manis, dan pedas berempah.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 500g /4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 125ml /½ cawan minyak masak
- 28g /2 sudu besar majerin
- 250ml /1 cawan air (**ralat: abaikan 125ml di video)
- 1 sudu kecil garam
- 1 kilo keledek oren
- 2 biji bawang merah besar
- 4 ulas bawang putih
- 6-7 tangkai cili kering
- 45g /½ mangkuk ikan bilis
- ATAU 3 sudu besar udang kering
- ½ cawan minyak masak
- Rempah 3 sekawan (1 kayu manis, 3 cengkih, 2 bunga lavano)
- 2 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (jika suka)
- Anggaran 2 sudu besar gula
- Air secukupnya
- 2 sudu besar rempah kari ayam atau daging
- Daun sup
- 1Panaskan minyak masak dan marjerin.
- 2Gaulkan minyak masak dan marjerin yang telah dipanaskan kedalam tepung gandum, tepung beras dan garam.
- 3Tuang air sejuk sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan doh.
- 4Tutup doh, lalu rehatkan doh selama 3-4 jam atau paling minimum 1 jam.
- 1Kisar halus bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili kering rebus dengan sedikit air.
- 2Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
- 3Masukkan bahan kisar, bancuhan rempah dan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak dan agak kering.
- 4Tambah garam secukup rasa, gula, serbuk perasa (pilihan) dan ubi keledek yang dipotong dadu.
- 5Tuangkan air sehingga bahn tenggelam lalu tutup dan masak sehingga ubi keledek lembut.
- 6Setelah masak dan kering, taburkan dengan hirisan daun sup.
- 1Bahagi dan timbang doh dalam anggaran 25/27g untuk sebiji karipap.
- 2Uli doh dan leperkan, lalu sudukan inti keledek.
- 3Lipat dan kelim dengan kemas doh karipap.
- 4Ulang sehingga habis doh dan inti
- 5Panaskan minyak, goreng karipap sehingga keperangan dengan api yang sederhana perlahan. Kerapkan alih karipap ketika digoreng.
- 6Kemudian, angkat dan toskan minyak. Karipap inti keledek siap untuk dihidang.
- •Jika tiada ikan bilis, boleh juga digantikan dengan udang kering mahupun udang geragau.
- •Cara mengawal tekstur kulit karipap yang lebih elok dan garing adalah minyak untuk menggoreng tidak perlulah terlalu panas dengan menggunakan api sederhana perlahan.
- •Elakkan mengggoreng dengan menggunakan kuali yang nipis kerana karipap akan menjadi perang bertompok-tompok dan kulit karipap akan masak tidak sekata.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...