
Kuetiau Ladna, Wa Tan Hor
Kali ni, jom tengok Che Nom sediakan satu menu ringkas dan satu menu yang tak serabut kalau nak masak untuk dinner pada hari-hari yang sibuk. Inilah resepi Wat Tan Hor atau ada yang panggil Kuetiau Ladna. Sama ke eh. Che nom ada nampak perkongsian social media baru-baru ini dan terus rasa teringin nak makan.
Apa yang bezanya Wat Tan Hor dengan masakan kueytiau lain, kita goreng dulu kuetiau sampai sedikit garing dgn api besar sampai jadi kesan char dan warna gelap pula hasil dari campuran kicap. Nak lagi best guna Chinese wok, okay.
Kemudian, kita masak pulak kuah udang yang pekat, penuh dengan sayur-sayuran dan ada telur pecah lagi. Tuang kuah atas kuey tiau goreng kicap, memang cukup menarik dan sedap hasilnya. Pekena pulak dengan cili kicap, tersandar terus lepas makan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 sb minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 6-10 ekor udang
- 1/4 batang lobak merah
- Bebola ikan
- Kek ikan
- 1 sb sos tiram
- 4 - 4 1/2 cwn air
- 1 kiub pati ayam
- 1/2 sb serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 2-3 sb air tepung jagung
- Sawi
- 1 biji telur
- Daun bawang
- 1 bungkus kuetiau
- 2 sb kicap cair
- 2-3 sb kicap pekat karamel
- Cili padi
- 1 biji limau kasturi
- Kicap manis
- 1Cincang halus bawang putih.
- 2Potong sayur sawi, carrot, daun bawang, fish ball dan fish cake.
- 3Udang kupas kulit dan belah tengah untuk buang tali hitam.
- 4Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
- 5Masukkan semua udang dan kacau sampai separuh masak.
- 6Masukkan carrot, fish ball, fish cake, sos tiram, air, kiub pati ayam dan masak sampai kuah mendidih.
- 7Masuk serbuk lada sulah, garam dan air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
- 8Dah mendidih boleh tambah sayur sawi.
- 9Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Angkat mangkuk tinggi dan tuang sekeliling kuali kemudian boleh tutup api terus.
- 1Gaul kuetiau dengan kicap cair dan kicap pekat karamel.
- 2Masak atas api yang besar sekejap.
- 1Potong cili padi kemudian tuang masuk kicap pekat manis dan perah limau nipis. Kacau sebati.
- •Kalau alergik seafood, boleh ganti denga nisi ayam dan daging.
- •Kuetiau jangan basuh awal-awal sangat, basuh sebelum gaul dengan kicap takut nanti kembang. Dan jangan basuh beria-ria sangat takut lembut nanti.
- •Che Nom bajet air untuk sorang makan biasanya 1 cawan lebih, kalau 3 orang makan, boleh letak 4 atau 4 setengah cawan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula denga...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Banana Cake Recipe
Banana Cake recipe is easy and delicious, Bananas are rich in potassium, very good for reducing high blood pressure and ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Maggi Goreng Basah
Menu kali ini, menu mesra orang bujang, menu lapar di malam hari, atau bila taktau nk masak apa, Che Nom nak share resep...
Diterbitkan pada 19 Jun 2022

Mi Kari Ayam
Kali Che Nom nak share resepi Mi Kari Ayam. Biasa mee kari ada seafood fresh sekali kan. Resepi ni memang tak ada letak ...
Diterbitkan pada 1 Januari 2024
Rahsia Char Kuey Teow Padu Terbongkar
Kali ni Che Nom nak share cara masak Char Kuey Teow versi berkuah/basah macam yang biasa dimasak kat gerai-gerai Melayu ...
Diterbitkan pada 18 April 2020
Resepi Terbaru

Apam Jagung Kukus Tanpa Telur
Resepi Apam Jagung tanpa telur yang sangat lembut, gebu dan wangi, sesuai untuk minum petang.

Nasi Ayam Thai (Khao Man Gai)
Nasi ayam Thai 'one-pot' dengan ayam rebus yang lembut dan sos pencicah padu yang pasti membangkitkan selera.

Kek Butter Cheese Ala Mita
Resepi kek butter premium dengan rasa creamy keju, tekstur lembut di dalam dan kerak rangup di luar.

Cucur Bilis Rangup Tanpa Gluten
Resepi cucur ikan bilis rangup istimewa yang bebas gluten, menggunakan gabungan tiga jenis tepung untuk hasil yang ringan dan tahan lama.

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...