
Lasagna Paling Special
Menu istimewa kali ini adalah Lasagna. Sejenis pasta yang disusun lapis berselang-seli dengan sos bolognese ataupun ragu, dan pelbagai jenis cheese. Boleh tambah sayur ikut mana yang kita suka dan bila masak, cheese Itu akan cair bersama dengan sos yang kita lapis. Itu yang buatkan lagi sedap dan menarik. Selain sos Bolognese, Che Nom akan tunjuk cara untuk sediakan satu lagi sos iaitu sos putih atau sos bechamel, iaitu antara elemen penting untuk hasilkan lasagna yang super sedap.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3-4 sudu besar minyak zaitun
- ½ biji bawang holland
- 3-4 ulas bawang putih
- 400g daging atau ayam kisar
- ½-1 sudu kecil serbuk lada hitam
- ½ batang lobak merah
- 1 biji capsicum
- 2 tin / 800g tomato pomodori atau whole tomato
- 2 keping daun bay kering
- ½-1 sudu besar Italian Herbs
- 2-3 sudu besar pes tomato
- ½ kiub stok lembu atau ayam
- ¼ cawan susu full cream
- gula dan garam secukup rasa
- 8-12 cendawan butang
- **NOTA: Kalau tak ada tomato pomodori atau whole peel, boleh ganti tomato puree anggaran 300g-400g. Boleh letak sikit-sikit dulu dan rasa tahap masam kuah.
- 3 sudu besar / 43g mentega tak bergaram
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 ½ cawan susu full cream
- 1 sudu besar serbuk cheese parmesan
- 2 keping keju cheddar (**kalau tak guna cheddar, boleh tambah lagi 2 sudu besar serbuk parmesan)
- ¼ sudu kecil serbuk lada hitam
- cheese mozarella secukupnya
- serbuk cheese parmesan secukupnya
- kepingan lasagna (**boleh guna yang tak perlu masak atau perlu masak dahulu)
- kepingan aluminium (untuk bakar)
- 1Potong dadu bawang holland dan lobak merah.
- 2Cincang halus bawang putih dan lada benggala serta hiris kasar cendawan.
- 3Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland tetapi jangan terlalu garing.
- 4Masukkan bawang putih, daging kisar atau ayam kisar. Kerap kacau sehingga air daging kelihatan kering.
- 5Masukkan serbuk lada hitam, lobak merah dan lada benggala. Tutup dan masak dalam anggaran 5 minit.
- 6Sesudah itu, masukkan tomato dalam tin, daun bay kering, serbuk Italian herbs, pes tomato, stok lembu dan ayam dan susu full cream.
- 7Tambah garam dan gula secukup rasa serta masukkkan cendawan butang dan sedikit serbuk lada hitam.
- 8Masak sos dalam 5-10 minit sampai sos bolognese menjadi pekat.
- 1Panaskan kuali dan mentega tak bergaram.
- 2Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga masak sekata.
- 3Masukkan susu full cream, serbuk cheese parmesan, keju cheddar lalu masak dan kacau sehingga sos menjadi pekat.
- 4Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- 1Letak dan ratakan sederhana sos bolognese sebagai lapisan pertama.
- 2Susun kepingan lasagna sehingga tutup kesemua permukaan lalu diikuti lapisan sos bolognese, sos bechamel, serbuk cheese parmesan, cheese mozzarella dan kepingan lasagna.
- 3Kemudian, ulang mengikut turutan yang sama sehingga penuh bekas dan lapisan terakhir adalah cheese mozzarella.
- 4Bakar dengan suhu 170˚, 30-40 minit.
- 5Pada 10 minit terakhir, bakar lasagna tanpa kepingan aluminium dan sambung bakar.
- 6Lasagna kemudian sudah siap dan boleh dihidang.
- •Masak kedua-dua sos bolognese dan bechamel dengan api yang sedarhana atau perlahan.
- •Jika menggunakan mentega bergaram, tidak perlu letak garam tetapi kalau rasanya masih kurang masin, boleh saja tambah garam.
- •Balut bekas lasagna dengan kepingan aluminium supaya bahagian dalam lasagna masak dahulu dan bahagian atas terlebih masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...