
Mee Celop Kelantan
Hi Semua, jom tengok Che Nom masak mee celop Kelantan kali ni. Resepi asal Che Nom rujuk dari Youtube Dari Dapur CikNa. Memang sedap sangat resepi ni. Rasa macam makan kat kedai.
Dalam artikel ni, Che nom tunjuk cara untuk buat sup, bahan-bahan yang digunakan sebagai condiment atau hidangan dan juga cara untuk buat homemade crispy garlic oil serta sambal lada sebagai pelengkap kepada hidangan mee celop yang hebat ni.
Condiment yang wajib untuk tambahan rasa pula bagi Che Nom ialah sambal lada dan serbuk cili, taburan daun ketumbar, crispy garlic oil dan juga serbuk kacang tanah. Itu yang bagi kelainan rasa dan tak ada pada masakan mee lain. Kalau kita masak dengan daging yang fresh, bertambah-tambah special rasa dia. Sepinggan tak cukup!

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 5 ulas bawang putih
- 1-2 biji bawang merah kecil
- 2 inci halia
- rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 kumtum bunga lawang, 4 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga)
- 1 batang serai
- 1 liter air rebusan daging
- 1 sup bunjut
- akar ketumbar
- batang sup
- 1 kiub pati lembu
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- ½ sudu kecil serbuk jintan putih
- ½ sudu kecil serbuk jintan manis
- 2-3 sudu besar sos ikan
- 600g daging rebus
- sedikit gula atau nisan
- garam secukup rasa
- ½ sudu kecil serbuk lada putih
- 1-2 sudu besar kicap manis
- 1-2 sudu besar minyak bawang putih
- taburan daun ketumbar
- 20-25 biji bawang putih
- ½ - 1 cawan minyak masak
- 4 biji cili merah
- 4-6 biji cili padi merah
- ¼ cawan cuka
- 1 sudu besar gula
- sedikit garam
- serbuk cili
- daun sup
- mee/kueyteow/maggi/bihun
- kangkung
- taugeh
- daun ketumbar
- lobak masin
- bawang goreng
- serbuk kacang tanah
- serbuk lada putih
- limau nipis
- ikan bilis goreng (tak ada dalam video)
- cili jeruk (tak ada dalam video)
- 1Tumbuk kasar bawang merah kecil, halia dan bawang putih.
- 2Rebus daging bersama bawang putih dan bawang merah kecil sehingga daging lembut.
- 3Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan, bahan tumbuk, minyak bawang putih dan serai sehingga naik bau.
- 4Masukkan air rebusan daging, sup bunjut, akar ketumbar, batang sup, dan pati lembu.
- 5Tambah air secukupnya.
- 6Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis lalu tambah sos ikan Thai.
- 7Reneh sup dalam anggaran masa selama 15-30 minit.
- 8Semasa mereneh sup, masukkan daging rebus, sedikit gula, garam secukup rasa, serbuk lada putih, kicap manis dan minyak bawang putih.
- 9Sambung reneh sampai sup masak.
- 1Cincang kasar bawang putih.
- 2Panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang sehingga menjadi sedikit perang.
- 3Kemudian, angkat dan tapis bawang putih.
- 4Sesudah keduanya sejuk, campurkan bersama.
- 1Kisar halus cili merah, cili padi merah, gula, cuka dan sedikit garam.
- 1Celur mee kuning yang telah dibilas, kedalam sup bersama taugeh, kangkung sehingga agak layu.
- 2Hidangkan bersama hirisan daging, sup, daun ketumbar, daun sup, serbuk cili, serbuk kacang, lobak masin, bawang goreng, sambal lada, minyak bawang putih rangup dan hirisan limau nipis.
- 3Tambah taburan gula.
- 4Kemudian, mee celop siap untuk dihidang dan dijamu selera.
- •Guna api sederhana dan pastikan kerap menggaul bawang putih yang digoreng bagi mengelakkan hangus.
- •Jika menggunakan stok rebusan tulang, tidak perlu lagi tambah kiub pati lembu kedalamnya.
- •Jika mahu menggantikan rempah serbuk, boleh digantikan dengan rempah sup.
- •Condiment yang boleh ditambah kedalam mee celop untuk menjadi lebih sedap ialah ikan bilis goreng dan cili jeruk.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Sup Tulang
Resepi Sup Tulang yang asli, keistimewaannya terletak pada rencah supnya yang di perbuat sendiri tanpa sup bujut, member...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Soto Ayam Istimewa
Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom dari Medan yang bagi resepi ni. Sebelum ...
Diterbitkan pada 27 Jun 2015

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula denga...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Ayam Sweet Sour
Resepi Ayam Sweet Sour atau Ayam Masam Manis ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Maggi Goreng Basah
Menu kali ini, menu mesra orang bujang, menu lapar di malam hari, atau bila taktau nk masak apa, Che Nom nak share resep...
Diterbitkan pada 19 Jun 2022
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...