Muffin Vanilla

Muffin Vanilla

Resepi Muffin Vanilla yang sangat lembab dan mempunyai tekstur yang lembut. Jika anda menggemari muffin vanilla ala Kenny Rogers, anda harus mencuba resepi ini. Pasti menjadi dan resepinya sangat mudah.

Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 21 Ogos 20134K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan butter, cairkan
  • hirisan kacang badam, untuk hiasan
Cara Memasak

  1. 1
    Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. 2
    Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. 3
    Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
  4. 4
    Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.
Petua & Panduan
  • Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Tiramisu Klasik Mascarpone Cheese

Resipi Premium Eksklusif

Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Terbaru

Artikel Terbaru