Nasi Ala Kak Wok
Hi semua. Kali ini, Che Nom nak masak hidangan lengkap yang menarik dan sedap rasanya, iaitu Nasi ala Kak Wok. Resepi ini bukan lah dari resepi asal tapi Che Nom ada olah ikut bahan apa yang ada di dapur. Nak sediakan pun tak susah, cuma ada beberapa bahagian penyediaan untuk dapatkan set lengkap nasi ala kak Wok, mula-mula kita masak gulai, kemudian sediakan pelengkap yang penting iaitu sambal belacan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- ½ cawan minyak masak
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu besar serbuk rempah kerutuk
- 1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
- 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher)
- 3 batang kacang panjang
- 1 biji terung panjang
- 1 cawan santan segar /½ kotak kecil santan
- sedikit gula nisan
- garam secukup rasa
- 1 keping asam keping
- 5-6 tangkai cili padi
- 15-20 biji cili padi
- 3-4 nbiji cili merah
- 4 biji limau kasturi (buang biji)
- 1 inci belacan
- ½ cawan air pati asam jawa
- gula
- garam
- serbuk perasa
- ½ ekor/600g ayam
- 1-2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu besar serbuk cili
- ½ sudu besar serbuk kari daging
- 1-2 tangkai daun kari
- 1-2 sudu besar tepung goreng ayam segera/tepung beras/tepung jagung
- minyak untuk menggoreng
- 1Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
- 2Bancuh serbuk rempah kari daging dan serbuk rempah kerutuk dengan air.
- 3Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus, bancuhan kari dan cili kisar atau serbuk cili. Gaul dan masak sehingga pecah minyak.
- 4Masukkan 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher) dan gaul. Kemudian, biarkan sehingga ayam separuh masak serta kering air.
- 5Masukkan air.
- 6Masukkan sayur kacang panjang dan terung yang telah dipotong, santan, gula nisan atau gula melaka dan garam secukup rasa.
- 7Tambah air atau santan jika kuah kelihatan kering.
- 8Masukkan cili padi dan asam keping
- 9Masak sehingga sayur lembut dan gulai masak pekat sekata.
- 1Potong ayam kepada ketulan saiz kecil.
- 2Gaul sekata ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, daun kari dan sedikit tepung goreng ayam segera. Kemudian, perap ayam.
- 3Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga garing dan keperangan.
- 4Selepas itu, hidangkan dengan nasi, gulai dan sambal belacan. Nasi ala Kak Wok sudah siap.
- 1Kisar kasar cili, belacan bakar, hirisan limau kasturi, air asam jawa, garam, gula dan cukup perasa (pilihan).
- •Selain menggunakan tepung goreng ayam segera, juga boleh digantikan dengan tepung jagung atau tepung beras.
- •Jika tidak mempunyai serbuk rempah kerutuk, boleh saja digantikan hanya dengan gunakan serbuk rempah kari daging untuk dibuat gulai.
- •Perap ayam dahulu sebelum membuat sambal belacan. Selepas sambal belacan siap, barulah goreng ayam kerana akan lebih sedap jika dihidang ayam yang masih panas bersama nasi, gulai dan sambal belacan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Spaghetti Bolognese
Hi semua, Kali ini Che Nom nak tunjukkan resepi Spaghetti Bolognese cara Che Nom, versi yang mudah dan cepat disediakan....
Diterbitkan pada 5 Julai 2020
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...