Rendang Daging Hari Raya

Rendang Daging Hari Raya

Hi semua, atas permintaan ramai, kali ni Che Nom akan sediakan menu istimewa ni…sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak berapa hari je lagi. Ada 2 kaedah masak rendang iaitu bertumis dan tak bertumis, dan kali ni Che Nom sediakan versi tumis, sebab tgk Aunty Aini yang femes dengan rendangnya tu masak dgn Gordon Ramsey rendang daging style yang bertumis dan memang Che Nom suka versi mcm ni.

Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 22 Jun 2020217.2K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 7-8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 15-20 tangkai cili kering
  • sedikit air

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil biji jintan putih
  • 1 sudu kecil biji jintan manis

  • 2 cawan minyak masak
  • 1 kilo daging lembu
  • 2 cawan santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu)
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 1-2 helai daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut
  • gula nisan atau gula melaka secukup rasa
  • garam secukup rasa
Cara Memasak

  1. 1
    Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam 2 inci.
  2. 2
    Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering.
  3. 3
    Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.
  4. 4
    Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi, air dan cili kering (telah direbus).
  5. 5
    Kisar halus (jangan terlebih bland, pastikan masih ada serat2 halus).
  6. 6
    Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.
  7. 7
    Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus.
  8. 8
    Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  9. 9
    Masukkan daging.
  10. 10
    Masukkan rempah yang telah dikisar dan kacau sikit.
  11. 11
    Masukkan santan cair.
  12. 12
    Renehkan sehingga daging masak empuk.
  13. 13
    Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.
  14. 14
    Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat.
  15. 15
    Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
  16. 16
    Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
  17. 17
    Masukkan gula melaka @ gula nisan.
  18. 18
    Last sekali masukkan garam secukup rasa.
Petua & Panduan
  • Kunyi segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap.
  • Untuk tahu arah lawan urat, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan.
  • Lebihkan sikit minyak bila memasak sebab kita nak bagi naik bau bahan kisar dan masak garing, lebihan minyak boleh dikeluarkan nanti.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Soalan: kalau pakai santan kotak - berapa sukatan nye

Umum
Jawapan:

Hai! Tentu saja saya boleh bantu dengan sukatan santan kotak untuk resipi Rendang Daging Hari Raya ini. Santan kotak biasanya pekat, jadi kita boleh sesuaikan sedikit:

  1. Untuk 2 cawan santan cair: Resipi menyatakan 2 cawan. Anda boleh ambil kira-kira 1 cawan santan kotak pekat (anggaran 200-250ml) dan campurkan dengan 1 cawan air (anggaran 200-250ml) untuk menjadikannya santan cair. Jika guna santan kotak 200ml, anda boleh campurkan 1 kotak tersebut dengan lebih kurang 250-300ml air.
  2. Untuk 1 mangkuk santan pekat: Resipi meminta 1 mangkuk. Untuk ini, anda boleh gunakan 1 kotak santan pekat (anggaran 200-250ml) terus tanpa tambahan air.

Jadi, secara keseluruhannya, anda mungkin memerlukan lebih kurang 2 kotak santan pekat (saiz standard 200-250ml setiap satu) untuk resipi ini. Satu kotak untuk dicairkan, dan satu lagi untuk digunakan sebagai santan pekat.

Selamat memasak rendang!

Tiramisu Klasik Mascarpone Cheese

Resipi Premium Eksklusif

Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru

Artikel Terbaru