
Roti Sosej Cheese Gulung
Roti Sosej Cheese Gulung sesuai disediakan buat sarapan pagi ataupun minum petang. Bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga cukup menarik jika disajikan untuk kanak-kanak. Boleh jadi menu yang menarik untuk majlis hari jadi dan potluck. Sangat sedap dimakan ketika masih panas kerana cheese nya masih cair dan meleleh di dalam.
Pastikan roti digulung dengan ketat dan salut telur dengan sekata supaya roti tidak mudah terbuka bila masa menggoreng nanti. Bahan-bahan di bawah cuma anggaran sahaja. Boleh sesuaikan mengikut jumlah hidangan yang anda mahukan. Kalau nak buat frozen pun boleh, pastikan roti dibalut dengan kemas sebelum simpan di dalam freezer.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 bungkus roti keping
- 1 pek sosej
- 1 mangkuk bread crumbs
- 1 paket kepingan cheese
- 2 biji telur
- sedikit garam
- 1Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit. Angkat dan toskan.
- 2Kacau telur dan masukkan sedikit garam.
- 3Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan roll kayu.
- 4Letak kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej. Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.
- 5Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk bread crumb sehingga semua bahagian disalut sekata.
- 6Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.
- •Che Nom gunakan berus pastry untuk sapu telur di bahagian hujung gulungan sepaya roti melekat sekata dan bertindak seperti gam. Ini untuk pastikan roti tidak mudah terbuka semasa goreng di dalam minyak nanti. Boleh juga kalau nak sapu bahagian hujung roti tu dengan sudu (kalau tak ada berus pastry)
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kek Red Velvet Cheese Chocotop Leleh
Kali ni Che Nom nak kongsi resepi kek yang tengah viral guna satu jenis acuan yang laku keras kalau buat berniaga iaitu ...
Diterbitkan pada 11 Januari 2024

Makaroni Goreng
Resepi Makaroni Goreng, versi kurang pedas dan sesuai disediakan untuk kanak-kanak dan boleh dijadikan menu utama di maj...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2016
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...