
Sardin Roll
Resepi Sardin Roll, sesuai untuk minum petang. Resepi doh untuk kulit sardin roll saya ambil dari cara untuk membuat short crust pastry, iaitu butter yang digaulkan bersama tepung sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti. Ketulan butter yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup, rasa doh yang menggunakan butter juga sedap. Pastikan doh direhatkan di dalam peti sejuk secukupnya.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cawan tepung gandum
- 70 gram mentega sejuk, potong kiub
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 40 ml air sejuk
- 1 biji telur, untuk sapu
- 1 tin kecil sardin
- 3 ulas bawang putih, cincang halus
- 3 biji bawang merah, cincang halus
- 1 biji kentang, potong dadu
- 1 biji bawang besar, potong dadu
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 biji cili api, hiris nipis
- 1 sudu besar mayonis
- minyak
- garam dan gula secukup rasa
- 1Gaulkan tepung gandum, garam dan mentega sehingga sebati dan menjadi tekstur seperti serbuk roti. Tidak mengapa jika ada sedikit ketulan-ketulan kecil mentega.
- 2Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- 3Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 15-30 minit.
- 4Keluarkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, uli doh kepada bentuk bebola.
- 5Gunakan rolling pin atau kayu penguli dan uli doh sehingga menjadi nipis. Sudukan inti sardin secara memanjang dan gulung pastri. Gamkan bahagian hujung dengan telur dan picit di bahagian hujung supaya tidak terbuka.
- 6Goreng di dalam minyak yang panas, di atas api sederhana sehingga kekuningan.
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, cili padi dan kacau sehingga pecah minyak.
- 2Masukkan sardin bersama kuahnya sekali, kacau seketika diikuti kentang. Masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi sedikit kering.
- 3Masukkan pula bawang besar, garam dan gula dan kacau sebati. Angkat dan sejukkan.
- 4Hancurkan isi sardin dan gaul bersama mayonis.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.