Basque Burnt Cheesecake
Basque Burnt Cheesecake, yang berasal dari Basque country Spain…sebab tu namanya Basque Burnt Cheesecake. Cheesecake yang menarik sangat, sebab kita tak perlukan crust atau base mcm kebanyakan cheesecake yang lain. Kek yang wajib hangus atau burnt permukaannya, kalau merekah pun tak mengapa, tepi-tepi yang burn dan lekuk tak sekata….itu adalah kriteria cantiknya basque burnt cheesecake ni.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 500g krim keju
- 2/3 cawan /150g gula kastor
- 4 biji telur saiz B (Saiz A 3 biji)
- 1 cawan /250ml whipping cream
- 2 sudu besar /15g tepung gandum
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 sudu besar jus lemon
- 1Potong creamcheese kepada blok kecil dan biarkan di luar supaya lembut sikit.
- 2Pecahkan telur (gred B 4 biji atau gred A 3 biji).
- 3Sukat whipping cream.
- 4Perah jus lemon.
- 5Sapu loyang (7 atau 8 inci) dengan magerin atau mentega.
- 6Lapik loyang dengan kertas baking 2 lapisan, tak perlu kemas dan che nom tak potong atau lipat kertas ke bawah.
- 7Bagi yang guna stand mixer, guna paddle attachment, tak perlu whisk attachment, nak guna hand mixer pon boleh.
- 8Mula mengadun, pukul creamcheese dan gula kastor sehingga lembut.
- 9Bila adunan mula sekata, masukkan telur sebiji demi sebiji.
- 10Berhenti sekejap dan kaupkan bahagian bawah adunan (supaya tiada yang terlekat dan sekata).
- 11Sambung mengadun.
- 12Masukkan whipping cream.
- 13Masukkan tepung gandum, sedikit garam dan jus lemon (utk kurangkan muak dan hilangkan hanyir telur).
- 14Bila adunan sekata, tuang adunan kedalam loyang.
- 15Bakar pada suhu 200 degree celcius selama 45-50 minit.
- 16Bila permukaan burn, cheesecake naik tinggi dan crack di tepi, boleh keluarkan dari oven.
- 17Sejukkan dalam peti sejuk.
- 18Pastikan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong, bahagian tengah akan turun dan mendap sikit bila sejuk sepenuhnya.
- •Masukkan telur sebiji demi sebiji, kalau tidak adunan akan berketul-ketul dan berair, susah nak sebati.
- •Tip untuk siapa yang beli cream cheese blok yang besar, potong dengan pisau yang kering kemudian balut rapat dengan plastic wrap. Jangan bagi ada udara yang tertinggal. Cream cheese tak boleh simpan dalam freezer, nanti jadi pecah berketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!