Carian Resepi
Carian Live
Menunjukkan 10 resepi daripada 845 total
Cucur Udang yang rangup di luar dan lembut di dalam, lengkap dengan kuah kacang yang mudah disediakan. Resepi ini sesuai dihidangkan bersama tauhu goreng, timun dan telur rebus, termasuk untuk tetamu kerana cucur yang lembut dan tahan lama.
Texture apam ni sangat lembut, gebu dan manis berlemak secukup rasa. Bahan-bahan cukup mudah dan yang penting kena ada pisang masak ranum baru sedap.
Che Nom kongsikan resepi mudah bihun goreng ala nenek yang ringkas tapi sedap, sesuai dinikmati selepas musim perayaan. Dengan teknik menggoreng mudah dan cepat, bihun yang dihasilkan lembut, pedas dan cukup rasa.
Kuahnya pekat dan pedas secukup rasa. Ayamnya digoreng separuh masak kemudian digaul sekali dengan bahan-bahan tumisan dan diperasakan dengan biji ketumbar yang disangai.
Lempeng versi nipis gerenti lembut gebu sampai malam, bahan-bahan mudah, tak perlu guna blender, gaul tangan sahaja, ada juga ditunjuk cara buat kari ayam berkuah pekat buat cicah, sedap tak terkata.
Soft Chocolate Chip Cookies sedap sangat kalau buat snek malam-malam, makan pulak masa fresh keluar dari oven lepastu cicah susu sejuk memang syahdu.
Tart nenas versi yang sangat menarik iaitu Tart Nenas Cheese Bar. Bahan asas nya sama mcm tart nenas biasa, cuma teknik untuk melapis tu yang sangat penting untuk guna cara yang mudah dan efficient.
Biskut Double Chocolate Chips yang rangup, penuh rasa coklat dan berlemak. Resepi mudah ini sesuai dibuat bersama anak-anak kerana tidak memerlukan acuan.
Puding Kek Batik yang mudah dan sedap, sesuai untuk hidangan pencuci mulut di hari raya. Resepi ini tidak memerlukan pembakar atau mixer, malah boleh dicuba bersama anak-anak.
Resepi mudah Nasi Briyani Daging yang sesuai untuk hidangan hari raya. Cara memasak cukup ringkas, hanya guna satu periuk. Daging briyani yang berempah dan berlemak dimasak bersama nasi basmati yang lembut dan fluffy. Hasilnya, nasi briyani yang sedap dengan rasa yang sebati.