
Kari Ayam Pedas Kuah Pekat Dan Likat
Harini jom kita masak kari, kari ni kalau sebelah utara biasa panggil gulai. Walaupun kari ayam ni masakan yg biasa aja dimasak di rumah, tapi Che Nom buat video ni khas untuk rujukan sesiapa yang baru nak belajar. Kari ayam ni kalau tak kena cara masaknya pun boleh jadi kurang sedap juga.
Yang penting, kita mesti masak rempah dgn elok, sampai betul-betul masak pecah minyak, rempah pun menyerap pad disi ayam dan padai balance kan rasa dengan bahan-bahan lain. Che Nom suka kari yang berkuah sederhana pekat, sedap kalau makan dengan nasi panas, makan cicah roti pun sedap.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- ½ - 1 ekor ayam
- 1 biji bawang besar
- 3 biji kentang
- 2 inci halia
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah kecil
- 1-2 tangkai daun kari
- 5 sb rempah kari daging
- 1-2 sb serbuk cili
- Sedikit air asam jawa
- ¾ santan kotak
- Air secukupnya untuk kuah
- Garam secukup rasa
- Perasa, jika suka
- Rempah 4 sekawan:
- 1 batang kayu manis
- 4 kuntum cengkih
- 2 bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 1Hiris nipis bawang besar (boleh ganti bawang holland).
- 2Kentang, kupas kulit dan potong kepada 2 atau 3 bahagian.
- 3Hiris nipis halia, bawang putih dan bawang merah kecil, kemudian tumbuk dalam lesung batu sehingga lumat (boleh kisar dalam blender)
- 4Bancuh rempah kari daging, serbuk cili dengan sedikit air sehingga sebati.
- 5Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan hirisan bawang besar sampai bawang layu/lembut.
- 6Masukkan bahan tumbuk halus, daun kari kemudian kacau sampai kekuningan dan naik bau.
- 7Masukkan bancuhan rempah kari dan masak sampai pecah minyak dan garing.
- 8Tambah 2-3 kali air dan ulang tumis sampai kering dan garing.
- 9Masukkan ayam dan tutup sehingga ayam setengah masak atau kecut.
- 10Masukkan ubi kentang dan masak ketang dalam 3-4 minit.
- 11Masuk santan dan air secukupnya untuk kuah (lebihkan air kalau nak lebih cair).
- 12Jangan lupa garam dan air asam jawa. Boleh tambah perasa jika suka.
- 13Kari sedia untuk dihidang.
- •Goreng bawang besar sampai layu, jangan sampai garing. Bawang akan bagi rasa manis dalam kuah nanti.
- •Untuk menumis pastikan kuali tebal, supaya masak sekata dan tak cepat hangus.
- •Kalau nak pekatkan kuah kurangkan air, kalau nak cair lebihkan air.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Nasi Briyani Ayam
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ni, Che Nom nak share resepi special iaitu nasi briyani Ayam. Che Nom akan m...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022

Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga. Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang...
Diterbitkan pada 26 Julai 2018

Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar
Kali ni kita tengok cara masak Nasi Arab Kabsah Ayam, style Chef Ammar yang masak dari hati dan masak with iman. A...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022

Daging Briyani
Resepi Daging Briyani ...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Gulai Ikan Tongkol
Harini Che Nom masak gulai tapi bukan sebarang gulai, gulai ikan tongkol atau ikang aye untuk dipadankan dengan nasi dag...
Diterbitkan pada 1 Disember 2022

Ayam Percik
Ayam percik bersalut kuah pedas susuai untuk hidangan dibukan Ramdhan, cukup dengan rasa rempah pekat berlemak. Bila dipanggang, hasilnya sungguh mantap, isi ayam kekal moist dan lembut.
Diterbitkan pada 22 April 2024
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.