
Kuih ketayap
Jom tgk Che Nom sediakan antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, iaitu kuih ketayap. Dulu Che Nom dah pernah share, tapi kali ni ada penambahbaikan sikit dari segi resepi dan juga kualiti video. Sesuai sangat kalau nak buat berniaga.
Kulit ketayap ni sangat lembut dan dimakan bersama inti kelapa yang berlemak manis. Ditambah pula dengan bau dari pandan asli, memang sedap sangat. Inti nya kita boleh sediakan awal dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan tingal buat kulitnya aja.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan kotak (tambah air cukupkan 3 cwn)
- ATAU 3 cawan santan sederhana cair
- 1 cawan jus pandan
- 1 biji telur
- 2 sb minyak masak
- 1/2 sk garam
- Sedikit minyak (untuk sapuan kuali)
- 1 biji kelapa parut
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula perang
- 1-2 sb gula melaka
- 1/2 cawan gula putih
- 1/2 sk garam (pilihan)
- 2 helai daun pandan
- 1-2 sb tepung gandum
- 1Gunting kasar daun pandan, masuk dalam blender, tambah air dan kisar sampai halus.
- 2Tapis dan ambil jus. Sukat balik jus pandan, kalau tak cukup, boleh tambah air untuk cukupkan 1 cawan.
- 3Masuk tepung gandum dan garam dalam mangkuk besar. Kacau sebati.
- 4Kemudian masukkan santan dan air (1 cawan santan kotak + 2 cawan air). Kalau guna santan fresh, perah 3 cawan santan sederhana cair.
- 5Masukkan telur dan kacau sebati sampai hilang ketul-ketul tepung.
- 6Boleh masukkan minyak masak dan sambung kacau.
- 7Masukkan jus pandan dan pewarna hijau (boleh skip pewarna kalau tak suka, boleh adjust ikut cita rasa sendiri).
- 8Kacau sebati kemudian tapis adunan, boleh pecahkan ketulan-ketulan yang tinggal.
- 9Panaskan kuali (kuali non-stick) dan drizzle sedikit minyak
- 10Sukat 1 senduk adunan dan tuang masuk atas kuali. Ratakan sampai dapat bentuk bulat.
- 11Kalau tepi-tepi kulit dah terpisah dari kuali maksudnya kulit dah masak. Boleh angkat dan sejukkan.
- 1Simpul daun pandan.
- 2Untuk gula perang Che Nom cadangkan guna serbuk gula merah thai jenama Star dan gula melaka versi lembut dalam balang, nak campur dua-dua pon boleh, lagi sedap.
- 3Masukkan air, gula putih, serbuk gula perang thai dan gula melaka (Che Nom saja tambah sebab nak lebih sedap) dan daun pandan dalam periuk.
- 4Masak sampai gula cair.
- 5Bila gula dah cair dan mendidih, masukkan kelapa parut dan kacau sampai air gula kering (tapi jangan sampai kering sangat).
- 6Bila dengar bunyi berdesir tu maksudnya gula dah pekat.
- 7Tambah tepung gandum dan kacau anggaran 5 minit.
- 8Tutup api dan sejukkan sepenuhya sebelum balut dengan kulit ketayap.
- 1Sudukan inti ditenggah-tengah kulit ketayap.
- 2Lipat kiri dan kanan dan kemudian gulung.
- •Tujuan tambah minyak dalam adunan kulit ketayap adalah untuk kulit ketayap tahan lama lembutnya tu.
- •Kalau nak bancuh adunan kulit ketayap dengan blender pon boleh yer.
- •Untuk inti kelapa parut, Che Nom tak letak garam sebab gula merah thai dah cukup masin, tapi kalau gula merah semuanya letak la garam.
- •Tujuan tambah tepung gandum dalam inti kelapa adalah untuk tak nak kelapa parut berderai sangat bila kita makan nanti.
- •Kepanasan kuali memainkan peranan untuk hasil kulit kuih ketayap. Jadi pastikan kuali betul-betul panas sebelum masak kulit ketayap. Kalau tak panas sangat kulit akan jadi lincin dan flawless. Kalau betul-betul panas, bila kita tuang adunan, bunyi berdesir terus la dengar dan kulit akan jadi kedut-kedut dan berongga. Kulit berongga dan kasar la yang orang suka sebenarnya.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Cucur Badak
Kali ni, jom kita buat cucur badak yang semua orang tau memang takde badak pun dalam ni; macam mana dapat nama tu, Walla...
Diterbitkan pada 24 Mei 2023

Kuih Bom
Resepi Kuih Bom menggunakan inti kepala dan gula merah bersama bijan, Kuih yang tak asing lagi sedap dan mudah. ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Kuih Bom Bijan Kelapa
Dalam resepi ni Che Nom kongsikan resepi versi ke 2 dan tips yang untuk hasil kan kuih bom bijan yang rangup diluar dan...
Diterbitkan pada 19 Januari 2024

Kuih Koci Pulut Hitam
Kuih tradisional dengan pulut hitam, inti kelapa, dan kuah santan.
Diterbitkan pada 25 Januari 2025
Kuih Ketayap Yang Lembut
Hi Semua, Kali ni Che Nom nak kongsi satu lagi resepi kuih tradisi mudah iaitu kuih ketayap, yang gerenti sedap… wangi d...
Diterbitkan pada 8 Jun 2020
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...