
Laksam Lembut, Kuah Berlemak Sedap
Siapa peminat laksam tapi tak pernah cuba masak. Jom tengok Che Nom tunjukkan step by step bermula dari cara memproses ikan dan memasak kuah laksam yang cukup sedap berlemak. Kemudian cara penyediaan laksam yang lembut dan mudah digulung, lepas tu kita buat sambal lada yang pedas masam dan juga penyediaan ulam-ulaman sebagai pelengkap hidangan.
Semangkuk laksam cukup lengkap dengan protein, karbohidrat, dan fiber. Masak pun tak perlu tumis pakai minyak, memang hidangan yang sihat lah. Bukan sahaja orang pantai timur yang suka malah orang negeri lain pun pandai makan. Menu-menu berkuah ni memang agak leceh nak buat, tapi kalau sekali masak untuk famili berbaloi hasilnya. Boleh makan berulang-ulang, jimat belanja.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 sk garam
- 1 kilo ikan kembung
- 2 keping asam gelugor
- 1 inci halia
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah kecil
- 1 biji bawang merah besar
- 1-2 keping asam gelugor
- Garam secukup rasa
- 1/2 sb gula melaka
- Santan dari 1 1/2 biji kelapa
- 1- 1 1/2 sb lada hitam
- 3 cwn tepung beras
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1 sk garam
- 5 cwn air suam
- 2 sb minyak masak
- **kalau masih sedikit pekat tambah je air sikit, dan cuba kukus sekali untuk tengok hasilnnya
- 4 tangkai cili merah besar
- 10 tangkai cili padi
- Sedikit belacan bakar
- 1/4 cwn cuka makan
- ATAU jus limau
- Garam & gula secukup rasa
- Timun
- Bunga kantan
- Kacang panjang
- Kobis
- Daun kesum
- Taugeh
- Limau
- 1Tumbuk halus biji lada hitam.
- 2Rebus ikan dengan air, garam dan asam keping dalam 15 minit atau ikan masak.
- 3Asingkan tulang dan isi ikan
- 4Kisar halus halia, bawang putih, bawang merah kecil, bawang merah besar dan sedikit air rebusan ikan.
- 5Kisar halus pulak isi ikan dengan air rebusan.
- 6Kisar halus tulang ikan dan tapis asingkan tulang.
- 7Tuang masuk bawang dan halia kisar, isi ikan, air tapisan tulang, asam keping, gula melaka dan garam. Reneh sampai hilang buih-buih halus.
- 8Perlahankan api dan tuang masuk santan.
- 9Tuang masuk black pepper dan tutup api. Kacau sikit sampai wap berkurang.
- 1Bancuh tepung beras, tepung gandum, garam, minyak masak dan air suam.
- 2Gris acuan laksam dengan minyak, boleh guna tudung periuk atau loyang pizza.
- 3Dalam pengukus, letakkan tudung periuk dan tuang masuk adunan laksam. Kukus sampai masak anggaran 5 minit atau sampai naik gelembung.
- 4Gulung laksam dan potong.
- 1Kisar kasar cili besar, cili padi, belacan bakar, cuka makan (atau jus limau).
- 2Perasakan dengan gula dan garam.
- 3Boleh hidang laksam dengan sayur kobis, timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan dan taugeh.
- •Selepas tuang masuk santan, kerap kacau sebab kita tak nak santan berketul.
- •Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, nak guna cap lain pon takpe, insyallah jadi.
- •Pastikan adunan tak pekat sangat, cair-cair sikit, boleh test kukus dulu sekali, kalau tak lembut tambah lagi air.
- •Laksam jangan tebal sangat, nanti susah pulak nak gulung.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Banana Cake Recipe
Banana Cake recipe is easy and delicious, Bananas are rich in potassium, very good for reducing high blood pressure and ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Wholemeal French Loaf
Resepi Wholemeal French Loaf ...
Diterbitkan pada 24 Ogos 2013

Yong Tau Fu
Che Nom ni masih dalam mood rindu menu pasar malam, jadi kali ni jom kita tengok resepi untuk Yong Tau Foo berkuah hitam...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Nasi Briyani Daging One Pot
Resepi mudah Nasi Briyani Daging yang sesuai untuk hidangan hari raya. Cara memasak cukup ringkas, hanya guna satu periuk. Daging briyani yang berempah dan berlemak dimasak bersama nasi basmati yang lembut dan fluffy. Hasilnya, nasi briyani yang sedap dengan rasa yang sebati.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024

Mushroom Sup dan Garlic Bread
Kali ni Che Nom nak share resepi mushroom soup yang pekat berkrim untuk dimakan dengan garlic bread. Bahan asas mushroo...
Diterbitkan pada 5 Februari 2023

Laksa Siam, pedas berlemak
Sesiapa yang belum pernah makan laksa siam inilah masanya. Laksa ni memang lain daripada yang lain, kuahnya tu yang pekat berlemak dan dihidangkan dengan bermacam jenis ulam memang menu yang sihat lah.
Diterbitkan pada 20 Julai 2024
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...