ResepiCheNom
Pisang Goreng Rangup Berjam-Jam

Resepi Pisang Goreng Rangup Berjam-Jam

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 minHidangan 8 orang

Jom buat pisang goreng panas yang rangup berjam-jam dengan bancuhan 3 jenis tepung, lemak manis dan kriuk-kriuk puas hati.

Bahan-bahan

Bahan

  • 2 cawan tepung beras2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung1 cawan tepung jagung
  • 3 sb tepung gandum3 sb tepung gandum
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 2-3 titik pewarna kuning2-3 titik pewarna kuning
  • 2-3 sk garam2-3 sk garam
  • 1 sk gula1 sk gula
  • 2 sk air kapur2 sk air kapur
  • 1-2 sb majerin panas1-2 sb majerin panas
  • Atau ¼ cawan minyak masak panasAtau ¼ cawan minyak masak panas
  • Air secukupnyaAir secukupnya
  • Pisang secukupnyaPisang secukupnya
  • Minyak untuk menggorengMinyak untuk menggoreng
  • 1½ sb bijan (pilihan)1½ sb bijan (pilihan)

Cara Buat Pisang Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Pisang Goreng

  1. 1
    Kupas kulit pisang dan bahagi kepada 2 atau 3 bahagian (Pisang Abu atau Pisang Awak). Untuk pisang tanduk, potong menyerong.
  2. 2
    Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dan pewarna kuning (pilihan).
  3. 3
    Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul.
  4. 4
    Panaskan dan cairkan majerin (boleh ganti minyak masak tapi panaskan dulu juga).
  5. 5
    Bancuh pes kapur makan dengan sedikit air.
  6. 6
    Dalam adunan kering tadi, masukkan telur, air kapur, dan air sedikit demi sedikit sampai larut sebati.
  7. 7
    Masukkan majerin cair dan bijan (pilihan) dan kacau sebati.
  8. 8
    Panaskan minyak, celup pisang dalam adunan tepung dan goreng.
  9. 9
    Bila tepung dah mula keras, pisahkan pisang dan terbalikkan.
  10. 10
    Bila dah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan minyak.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh ganti pewarna kuning dengan serbuk kunyit, tapi kunyit akan bertukar merah kalau campur dengan kapur makan.
  • Bancuhan perlu cair tapi masih melekat kalau celup dengan senduk atau jari.
  • Api jangan terlalu panas takut pisang perang tapi tak sempat garing, dan jangan terlalu perlahan takut minyak tak sempat panas dan minyak serap ke dalam tepung.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Jangan alihkan masa awal masuk, takut tepung tertanggal.
Video
Pengenalan

Goreng pisang yang panas, rangup dan lemak manis, siapa yang tak suka kan? Dalam resepi ni Che Nom akan tunjuk salah satu cara bancuhan tepung untuk dapat salutan goreng pisang yang gerenti rangup. Memang puas hati kalau goreng sendiri kerana dapat hasilkan kriuk-kriuk rangup banyak mana ikut citarasa kita.

Che Nom guna campuran 3 jenis tepung. Tepung yang paling utama sekali ialah tepung beras dan ada beberapa bahan lain yang akan buatkan salutan tepung kita tu rangup dan tahan lama.

Che Nom guna Pisang Abu dan Pisang Tanduk, boleh jugak guna Pisang Awak, dan Pisang Raja. Pilih pisang yang tidak terlalu ranum, jadi bila goreng pisang tak terlalu lembik.

Diterbitkan pada 5 Julai 2022205.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru