Apple Crumble Muffin

Apple Crumble Muffin

Resepi Apple Crumble Muffin, sedap dimakan untuk sarapan ataupun minum petang. Kombinasi epal dan kayu manis sangat menyerlahkan rasa muffin ini

Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 13 Julai 20141.2K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji epal, dipotong kiub
  • 2/3 cawan susu full cream

  • 1/3 cawan gula perang
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu besar mentega
Cara Memasak

  1. 1
    Di dalam mangkuk, ayak tepung serbuk penaik, garam dan baking soda.
  2. 2
    Dalam bekas berasingan, pukul telur bersama gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan vanila kemudian diikuti tepung sedikit demi sedikit.
  3. 3
    Tuangkan separuh susu dan kacau sebati. Kemudian masukkan epal dan tuangkan lagi sedikit demi sedikit baki susu sehingga adunan sebati.
  4. 4
    Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan dengan crumd topping.
  5. 5
    Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170-180 celcius selama 18-25 minit.

  1. 1
    Satukan gula perang dan tepung. Kemudian gaulkan bersama butter dan serbuk kayu manis.
Petua & Panduan
  • Muffin sudah masak sempurna jika dicucuk dengan lidi dan bersih apabila ditarik keluar.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Resipi Komuniti

Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami

Lihat Semua

Kongsi Resipi Anda Sendiri!

Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru