
Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea
Hi Semua, kali ini Che Nom nak masak satu hidangan ala-ala Korea, inspirasi dari youtuber korea yang terkenal iaitu Maangchi. Kalau masakan Korea mesti suka tengok Maangchi. Che Nom nak sediakan Korean Honey Butter chicken versi yang pedas sikit, kira ada sedikit twist lah ikut citarasa Che nom, citarasa orang Melayu. Ayam goreng style korea ini memang sedap, rangup, moist di dalam sebab guna kaedah double fry. Salutan ayam pun sedap, manis sikit sebab ada letak honey dan anak-anak pasti suka. Link ke YouTube Maangchi: https://youtu.be/KXajiO-30Ow

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- sedikit garam
- 1 sudu besar kicap cair
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 biji telur
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung atau tepung kentang
- 1 sudu kecil baking powder
- 10 ketul kepak ayam
- 3 sudu besar butter (salted)
- 2-3 ulas bawang putih
- 3 sudu kecil chilli flakes
- 1 sudu kecil gula
- 2 sudu besar kicap manis
- 1-2 sudu besar madu
- 2 sudu besar bijan
- 1Cincang halus atau parut bawang putih.
- 2Gaul sekata ayam dengan sedikit garam, kicap cair, lada hitam, telur, tepung gandum, tepung jagung, dan baking powder.
- 3Goreng atau sangai bijan sehingga naik bau bijan.
- 4Sesudah itu, panaskan minyak dan goreng ayam lalu angkat.
- 5Goreng ayam untuk kali kedua dengan menggunakan api sederhana lalu angkat dan tos minyak.
- 6Panaskan butter lalu masukkan bawang putih, serbuk cili kasar, kicap manis, gula dan madu.
- 7Bila bahan sudah sebati, masukkan ayam dan tutup api.
- 8Gaul dan salut ayam goreng dengan kesemua bahan.
- 9Kemudian, hidang ayam goreng honey butter dan tabur bijan yang telah disangai.
- 1Basuh dan tos kering cili daripada air selepas dibasuh.
- 2Goreng tanpa minyak sehingga cili kering menjadi kering, garing dan rangup.
- 3Bila dah garing, kisar kasar cili kering dan siap serbuk cili buatan sendiri.
- •Selain tepung jagung, tepung perapan ayam juga boleh digantikan dengan tepung kentang
- •Jika tidak mahu menggoreng cili kering menggunakan atas api, boleh bakar guna oven.
- •Ketika mahu menggoreng ayam, jangan masukkan terlalu banyak ayam kedalam minyak bagi mengelakkan suhu minyak turun dan salutan ayam menjadi lembik dan hancur.
- •Tambah sedikit garam jika menggunakan “unsalted butter” kedalam masakan.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
Ayam Mentega Telur Masin
Hi Semua, kali ni kita berbalik kepada menu ayam pulak. Che Nom nak masak Ayam Mentega Telur Masin, atau Salted Egg Butt...

Ayam Masak Cili Kering
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 m...

Nasi Ayam Claypot
Che Nom berkongsi resepi Claypot Chicken Rice versi mudah untuk dicuba di rumah. Resepi ini diolah mengikut citarasa sendiri dengan ayam yang diperap sempurna. Tips untuk beginner turut dikongsikan bagi mendapatkan ayam yang moist dan lembut serta nasi yang berkerak.

Ayam Masak Butter
Untuk kali ini, Che Nom akan kongsi resepi ayam masak butter versi baru. Ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan te...
Ayam Geprek
Hi Semua, Che Nom nak masak menu mudah harini tp sangat menarik iaitu ayam geprek, inspirasi dari masakan negara jiran i...

Ayam Kung Pao Special
Hi Semua, untuk kali ini kita masak menu Chinese style pula iaitu Ayam Kung Pao. Ayam Kung Pao versi dalam video ini ta...