
Ayam Goreng Style Mamak
Hi Semua, kali niChe Nom akan tunaikan permintaan ramai untuk hasilkan video resepi ayam goreng Style mamakyang mudah nak ikut untuk sesiapa nak cuba masak kat rumah. Ayam goreng style mamak ni memang rangup di luar, dan juicy serta lembut di dalam hasil dari cara gorengna deep fry,warna pula seakan akan kemerahan,hasil dari serbuk cili dan juga pewarna,kalau masak kat rumah, tak nak letak pewarna pun boleh ikut citarasa sendiri. Resepi asal dari Allahyarham Mamak Haji yang sentiasa murah hati berkongsi resepi.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1-2 tangkai daun kari
- ½ ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 ½ sudu besar yoghurt atau tairu
- ½ sudu kecil serbuk lada putih
- sedikit garam
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- 3 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung
- sedikit air
- serbuk pati ayam jika suka
- 1Masukkan bahan parutan atau kisar halus bawang putih dan halia, serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk ketumbar, yoghurt atau tairu, dan serbuk lada putih kedalam ayam yang telah dikelar.
- 2Tambah sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, gaul kesemuanya sehingga sekata.
- 3Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan sedikit air atau telur ataupun putih telur untuk melarutkan tepung dengan kesemua bahan dengan ayam.
- 4Masukkan daun kari dan perap ayam selama 3-4 jam atau semalaman.
- 5Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan serta cukup masak.
- 6Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Kemudian, ayam goreng style mamak sudah siap untuk dihidang.
- •Perapan semalaman akan mendapatkan ayam goreng yang lebih sedap kerana bahan-bahan salutan akan lebih terserap kedalam ayam.
- •Pastikan adunan salutan tidak terlalu cair untuk memastikan salutan tetap terlekat di ayam ketika digoreng.
- •Pastikan juga minyak gorengan betul-betul panas, jika tidak tepung salutan ayam akan menjadi kurang lekat pada ayam.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Ayam Ungkep
Hi semua, Ayam Ungkep berasal dari Jawa, menu pilihan pada kali ni. Resepi ni hasil perkongsian dari sahabat baik Che No...
Diterbitkan pada 4 April 2021

Ayam Goreng Mamak Rangup
Untuk peminat ayam goreng, dan sesiapa yang suka makan ayam goreng style mamak? Kali ni Che Nom akan share cara mudah da...
Diterbitkan pada 28 Jun 2022

Ayam Masak Sos Tiram Thai
Che Nom kongsikan resepi mudah Ayam Masak Sos Tiram ala Thai, sesuai untuk yang buntu nak masak ayam. Gabungan rasa masam, masin, pedas, manis memang membuka selera.
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Ayam Masak Kicap Sedap
Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan...
Diterbitkan pada 7 Mei 2019

Ayam Goreng 3X Pedas Ala Mcd
Kali ni Che Nom nak share resepi ayam goreng pedas & rangup, inspirasi dari ayam goreng McDonalds pedas 3x. Pada resepi ...
Diterbitkan pada 12 April 2022
Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak
Hi Semua. Untuk kali ini, Che Nom nak masak masakan yang dulu-dulu selalu dimasak masa kat rumah bujang. Ayam goreng mad...
Diterbitkan pada 8 April 2021
Resepi Terbaru

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.