
Ayam Masak Black Pepper Cendawan
Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan ni sesuai dimasak pada hari bekerja oleh ibu-ibu kerana cepat dan mudah. Satu bahan utama yang perlu ada dalam masakan ni ialah celeri sebab ianya rangup dan sedap jika digoreng pantas.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 300 gram ayam, potong kecil
- 5 biji cendawan butang segar, potong 4
- 4 batang celeri, potong serong
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 inci halia, hiris nipis
- 1/2 biji bawang besar, potong 4
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil kicap manis
- 3 sudu besar minyak masak
- sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
- garam dan gula secukup rasa
- 1Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 2Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
- 3Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, celeri, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
- 4Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
- 5Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
- •Jangan goreng terlalu lama kerana sayur celeri dan cendawan akan menjadi lembik dan tidak segar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel
Apom Lenggang Gulung yang dihidangkan bersama Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans kombinasi duo bernutrisi bagi tenaga harian. Cukup dengan rasa pedas, manis dan pekat berempah. Anak-anak pasti suka.
Diterbitkan pada 1 Ogos 2024

Daging Masak Black Pepper
Resepi Daging Masak Black Pepper adalah kesukaan keluarga. Resepi ini pasti menjadi sangat enak jika anda menggunakan ba...
Diterbitkan pada 11 Julai 2014

Daging Black Pepper
Daging masak black pepper, resepi mudah dan confirm habis makan sepinggan. Kalau ada daging bahagian subprime cut macam batang pinang memang sesuai sangat untuk masakan stir fry macam ni.
Diterbitkan pada 12 Julai 2024
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...