Bihun Sup Tulang Utara Special
Bihun Sup Utara dari sup tulang. Che Nom akan tunjukkan cara nak masaksup tulang dan penyediaan lengkap bihun sup utara. Ciri-ciri wajib ialahkuahnya yang berempah, tapi tak terlalu pekat, kalau letak tulang memang sedapsangat. Bihunnya berwarna kuning, dihidangkan dengan sambal merah, dancondiment yang wajib seperti lobak masin, limau nipis dan lain-lain. Kalau buatmakan ramai-ramai memang best sangat menu ni.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 6-7 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu
- Anggaran 300g isi daging
- Batang sup
- Batang/pangkal daun bawang
- 2 inci halia
- 1 bungkus sup bunjut
- ½ sudu besar serbuk jintan manis
- ½ sudu besar serbuk jintan putih
- 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
- ½ sudu besar serbuk lada hitam
- 1 batang serai
- Air secukupnya
- Garam, secukup rasa
- 1 sudu kecil lada sulah
- ½ kiub pati lembu/ayam
- Bahan-bahan untuk rempah 4 sekawan
- batang kayu manis
- 3 kuntum cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 pek / 500g bihun
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ cawan minyak masak
- 4-5 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar sos cili
- ½ cawan air asam jawa
- garam, secukup rasa
- Anggaran 2 sudu besar gula
- lobak masin
- limau nipis
- hirisan daun sup
- hirisan daun bawang
- bawang goreng
- 1Masukkan daging dan tulang, bahan-bahan sup serta bahan tumbuk bersama.
- 2Masukkan air mengikut kesesuaian dan rebus selama 2 jam.
- 3Selepas sup sudah mula mendidih, letakkan garam secukup rasa, lada sulah dan kiub pati lembu/ayam.
- 1Rendam bihun didalam air yang dimasak lalu masukkan ½ sudu serbuk kunyit dan biarkan sehingga bihun menjadi lembut.
- 2Kemudian, toskan air dan bilas bihun dengan air sejuk agar proses pemanasan bihun berhenti.
- 1Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
- 2Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu.
- 3Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Lebihkan gula untuk rasa sambal yang lebih sedap.
- •Pilihan daging untuk dibuat sup lebih sedap dan lembut pada bahagian urat jika nak dibandingkan dengan bahagian batang pinang.
- •Jika menggunakan pressure cooker, anggaran masa untuk merebus sup adalah selama 40-60 minit untuk daging menjadi lembut.
- •Sotong kering atau sedikit belacan boleh dicampurkan sekali di dalam sambal merah jika mahu.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula denga...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Maggi Goreng Basah
Menu kali ini, menu mesra orang bujang, menu lapar di malam hari, atau bila taktau nk masak apa, Che Nom nak share resep...
Diterbitkan pada 19 Jun 2022

Mee Goreng Daging Ala Mamak
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsikan cara untuk masak Mee Goreng Daging ala Mamak versi sempoi atau express. Kenapa s...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Vietnamese Spring Rolls dan Sos Pedas
Vietnamese spring rolls dihidangkan bersama sos pencicah pedas ala Thai kegemaran Che Nom versi lemak dan pedas. Hidangan yang sihat dan senang untuk dicuba.
Diterbitkan pada 28 Julai 2024

Mi Kari Ayam
Kali Che Nom nak share resepi Mi Kari Ayam. Biasa mee kari ada seafood fresh sekali kan. Resepi ni memang tak ada letak ...
Diterbitkan pada 1 Januari 2024
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.