
Bihun Sup Utara
Resepi Bihun Sup Utara, resepi menggunakan rempah sup yang asli dan tulang yang segar. Juadah yang sesuai dihidangkan pada hari raya dan paling terkenal di utara tanahair. Apabila di hidangkan bersama sambal merah pasti menambat selera. Satu lagi keistimewaan bihun sup ini adalah lobak masin yang ditabur di atas bihun sup melengkapkan keunikan rasa bihun sup utara.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 kg. tulang dan daging.
- 1 bungkus bihun
- 2 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 3 biji bunga lawang
- 3 tangkai cengkih
- 5 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 3 biji buah keras
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil jintan putih
- Dipotong dadu besar:
- 1/2 batang lobak merah
- 2 biji kentang sederhana besar
- tomato (potong 4)
- 4 sudu besar serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.
- 3 ulas bawang putih, dikisar.
- 3 ulas bawang merah, dikisar.
- 1/2 biji bawang besar, dikisar.
- garam dan gula secukup rasa.
- 200 gram lobak masin dicelur
- 2 tangkai daun bawang
- 3 tangkai daun sup
- bawang goreng
- 1Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
- 2Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
- 3Masukkan tulang,kacau dan biar sebentar
- 4Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
- 5Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
- 6Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
- 7Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
- 1Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
- 2Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
- 3Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
- 1Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
- 2Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
- 3Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan,
- 4Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!
- •Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan anda merebus tulang selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Sup Tulang
Resepi Sup Tulang yang asli, keistimewaannya terletak pada rencah supnya yang di perbuat sendiri tanpa sup bujut, member...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula denga...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Shepherd's Pie
Resepi Shepherd's Pie atau nama lainnya Cottage Pie, menu classic British yang memang sangat sedap menggunakan 2 bahan u...
Diterbitkan pada 23 Jun 2015

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Mee Goreng Daging Ala Mamak
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsikan cara untuk masak Mee Goreng Daging ala Mamak versi sempoi atau express. Kenapa s...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Vietnamese Spring Rolls dan Sos Pedas
Vietnamese spring rolls dihidangkan bersama sos pencicah pedas ala Thai kegemaran Che Nom versi lemak dan pedas. Hidangan yang sihat dan senang untuk dicuba.
Diterbitkan pada 28 Julai 2024
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.