Biskut Mentega Kacang

Biskut Mentega Kacang

Resepi Biskut Mentega Kacang, biskut klasik yang diadaptasi dari resepi barat. Biskut ini sangat sedap, rangup dan berlemak. Che Nom gunakan mentega kacang yang rangup supaya ada tekstur kekacang rangup di dalam biskut apabila dikunyah. Anda boleh juga gunakan mentega kacang berkrim yang biasa sebangai ganti.

Tak ada masalah. Untuk sukatan gula pula..boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis. Tetapi jangan kurang sangat, nanti tak sedap pula. Ada dua jenis gula digunakan dalam resepi biskut ni. Satu gula kastor biasa dan satu lagi gula perang. Gula perang akan membangkitkan rasa manis lebih lembut kepada biskut ini. Selamat mencuba.

Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 5 Jun 20164K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 230g mentega kacang rangup (crunchy peanut butter)
  • 75g mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 90g gula kastor
  • 90g gula perang
  • 1 biji telur, saiz A
  • 140g tepung naik sendiri, ayak
Cara Memasak

  1. 1
    Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. 2
    Pukul mentega, mentega kacang dan telur sehingga berkrim.
  3. 3
    Masukkan gula kastor dan gula perang dan teruskan kacau sehingga sebati.
  4. 4
    Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. 5
    Uli doh sebesar biji guli, susun di atas loyang dan tekan dengan garfu.
  6. 6
    Bakar selama 10 minit.
  7. 7
    Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Petua & Panduan
  • Jika anda rasa biskut ni rupanya terlalu simple, boleh dihiaskan dengan potongan ceri atau coklat dan white drizzle supaya kelihatan lebih menarik.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Resipi Komuniti

Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami

Lihat Semua

Kongsi Resipi Anda Sendiri!

Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru