Kek•
Brownies Cadbury Cheesecake
Brownies Cheesecake Cadbury, dessert yang menarik dari kombinasi 3 lapisan iaitu lapisan brownies yang fudgy, lapisan cheese Cadbury dairy milk yang lemak bercoklat, dan lapisan plain cream cheese. Resepi ini menghasilkan satu dessert yang sangat elegan. Buat penggemar brownies dan cheese, anda pasti suka.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 9 Mei 20201.6K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 125g coklat masakan (dark chocolate)
- 60g / 1/4 cawan mentega
- 2 biji telur
- 100g / 1/2 cawan gula perang
- 60g / 1/2 cawan tepung gandum
- 15g / 1 1/2 sudu besar serbuk koko
- 1/4 sudu kecil garam (jika guna mentega unsalted)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 500g krim keju
- 60g / 4 sudu besar gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar yoghurt asli
- 2 sudu kecil serbuk gelatin + 2 sudu besar air panas (**optional)
- 200ml dairy whipping cream
- 1 keping / 165g coklat Cadbury dairy milk
Cara Memasak
- 1Lapik dengan patchment paper atau baking paper (pastikan kalis air).
- 2Sapu mentega sekeliling loyang (springfrom 8 inci).
- 1Double boil dark coklat dan mentega.
- 2Kacau sampai coklat dan mentega bahan cair sekata.
- 3Bila dah cair tutup api.
- 4Kemudian masukkan gula perang dan kacau.
- 5Pecahkan telur dan kacau sedikit kemudian masukkan dalam adunan dan kacau sekata.
- 6Ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
- 7Kemudian masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
- 8Tuang adunan dalam loyang dan bakar 150 degree celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak.
- 9Cara-cara untuk lapisan cheese.
- 10Bancuh serbuk gelatin dengan air panas dan rendam dlm air panas / microwave supaya gelatin cair sekata.
- 11Potong nipis-nipis coklat Cadbury, tinggalkan dua baris untuk hiasan atas kek.
- 12Masuk dalam mangkuk dan double boil dan ketepikan.
- 13Adunkan cream cheese, gula kastor, plain yogurt (boleh ganti jus lemon), esen vanilla dan bancuhan gelatin.
- 14Bila dah sebati, ketepikan.
- 15Putar whipping cream sampai kental.
- 16Campur whipping cream dengan adunan cheese sedikit demi sedikit.
- 17Bila dah sekata, bahagi adunan kepada dua bahagian.
- 1Adunan cheese yang lebih sukatan akan diguna untuk campur coklat Cadbury.
- 2Tuang coklat yang telah cair tadi kedalam adunan.
- 3Gental fold sampai adunan sebati.
- 4Tuang adunan coklat cheese atas brownies dan ratakan.
- 5Sejukan dalam freezer selama 10 minit.
- 1Adunan cheese yang kurang akan dicampur susu pekat (optional).
- 2Tambah susu pekat dan kacau sebati.
- 3Tuang adunan atas kek yang disejukan tadi.
- 4Masukkan balik dalam chiller dan sejukan semalaman atau 5 jam.
- 1Parut coklat Cadbury (pastikan sejuk) yang lebih tadi.
- 2Keluarkan kek dari loyang.
- 3Taburkan parutan coklat tadi atas kek.
Petua & Panduan
- •Whipping cream pastikan sejuk dan baru keluar dari peti ais.
- •Jangan kacau whipping cream lama sgt sbb takut pecah dan cair nanti
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





