Butter Chicken Berempah
Ayam

Butter Chicken Berempah

Resepi Butter Chicken Berempah, idea datang ketika Che Nom makan butter chicken di sebuah restoran dan bila balik teringin nak masak menu yang sama. Kuahnya rasa lemak butter tetapi tidak muak kerana ada banyak rempah dan cili. Ayam diperap beberapa jam dan kemudian dibakar atau digoreng di atas kuali dan satukan bersama kuahnya.Masakan ni berasal dari Delhi, India dan sangat popular di negara barat terutamanya di UK.Sangat seimbang dari segi rasa dan cukup sedap. Selamat Mencuba.

Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 4 Oktober 20151.9K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 400 gram isi ayam, bahagian dada
  • 1 sudu besar plain yoghurt
  • 1 sudu kecil rempah garam masala
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar butter
  • setangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara Memasak

  1. 1
    Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam. Boleh juga diperap semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap.
  2. 2
    Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
  3. 3
    Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
  4. 4
    Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
  5. 5
    Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kukah terlalu pekat.
  6. 6
    Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.
Petua & Panduan
  • Rempah garam masala boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar. Boleh juga buat sendiri dengan mengadunkan rempahnya dan kisar kering.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Tiramisu Klasik Mascarpone Cheese

Resipi Premium Eksklusif

Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru