Carian Resepi

Carian Live

Menunjukkan 10 resepi daripada 845 total

Laksam Lembut, Kuah Berlemak Sedap

Cara penyediaan Laksam bermula daripada memproses ikan untuk kuah, menyediakan laksam yang lembut, membuat sambal lada, hinggalah kepada penyediaan ulam-ulaman. Laksam merupakan hidangan sihat yang lengkap dengan protein, karbohidrat dan fiber.

Seafood
MEDIUM
Kek Tapak Kuda

Cara membuat Kek Tapak Kuda yang tengah viral. Kek ini sangat halus, lembut, gebu dan premium. Diadun menggunakan kaedah all in one method dan ovalette, kek ini mudah digulung, tidak merekah dan sesuai untuk hidangan raya.

Kek
MEDIUM
Punten

Che Nom berkongsi resepi Punten dan Sambal Ijo, makanan tradisi masyarakat Jawa Selangor yang sedang viral. Punten seakan-akan nasi lemak dan nasi impit, dimakan bersama sambal ijo yang pedas dan menyengat.

Nasi Pulut Dan Bubur
EASY
Kuetiau Ladna, Wa Tan Hor

Wat Tan Hor (Kuey Teow Ladna) yang ringkas dan sesuai untuk hidangan dinner ketika sibuk. Kuey teow digoreng dengan api besar sehingga garing dan berwarna gelap, kemudian dicurahkan dengan kuah udang yang pekat dan penuh sayur-sayuran.

Mee Dan Bihun
EASY
Apam Nasi Pandan

Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.

Kuih Muih
MEDIUM
Churros

Churros rangup dengan cinnamon sugar, lengkap dengan coklat dan butterscotch dipping sauce. Video ini menunjukkan cara lengkap menyediakan doh churros, coklat dipping sauce dan butterscotch dipping sauce, serta tips menggoreng churros supaya rangup di luar dan lembut di dalam.

Pencuci Mulut
MEDIUM
Kerepek Popia Sira

Kerepek Popia Sira Pedas yang rangup, pedas, manis dan beraroma bijan yang disangai. Video ini turut berkongsi tips menggulung dan menggoreng popia, serta cara membuat sambal untuk salutan. Kerepek Popia Sira Pedas ini sesuai dijadikan kudapan atau juadah hari raya.

Kuih Dan Biskut Raya
MEDIUM
Cucur Kentang Rangup

Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba kelainan dari cucur jagung atau pisang. Kentang yang dipotong menghasilkan cucur yang rangup dan manis. Resepi ini juga sesuai untuk anak-anak yang susah makan sayur, mudah disediakan, murah dan boleh dinikmati ramai-ramai.

Kuih Muih
EASY
Donut Tanpa Telur

Resepi Donat gebu dan lembut tanpa telur. Video ini menunjukkan tips untuk hasilkan donat yang sempurna, termasuk cara menggoreng donat supaya perang sekata dan tak serap minyak. Resepi ini sesuai untuk mereka yang alah pada telur atau vegetarian.

Roti Dan Bun
EASY
Singgang Ikan Tongkol

Hidangan sihat iaitu Singgang Ikan Tongkol menggunakan ikan tongkol putih yang segar. Walaupun cara penyediaannya mudah dengan hanya merebus, hidangan ini tetap istimewa terutama apabila dinikmati bersama sambal belacan atau budu serta ulam-ulaman

Ikan
EASY
SebelumHalaman 14 / 85Seterusnya