
Cucur Kembung cicah Sambal Sardin
Jom tengok Che Nom nak buat cucur kembung dan sambal sardin berkuah pedas untuk kita cicah makan dgn cucur kembung yang gebu di dalam dan rangup di luar.
Cara nak buat cucur kembung ni sama mcm cara buat donut. Cuma guna bahan-bahan asas dan kita perlu bagi masa yg secukupnya untuk doh kembang, sebelum dibentukkan dan goreng. Sambal sardine pon cepat dan mudah nak sediakan. Pedas kuahnya tu, layan betul bila cicah dengan cucur kembung.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cwn / 250g tepung gandum
- 3/4 cawan air suam
- 1 1/2 sk yis kering
- 2 sb gula
- 1/2 sk garam
- 1/2 cawan air, masuk sikit-sikit
- 1 sb majerin
- 1 tin besar sardin
- 3 ulas bawang putih
- 1-2 biji bawang merah kecil
- 2-3 sb cili kisar
- 2 biji tomato
- 1 sb sos tiram
- 1 biji kentang
- 1 biji bawang besar
- 1-2 sb jus asam jawa
- Garam secukup rasa
- Cili merah & cili padi
- 1Masuk yis kering dan gula dalam air suam. Kacau sebati dan ketepikan selama beberapa minit atau sampai yis berbuih. (Cara ni untuk check yis ok atau tak, kalau adunan berbuih maksudnya yis aktif dan tak rosak. Tapi kalau yakin boleh skip dan terus masuk yis kering dalam adunan kering).
- 2Masukkan tepung gandum (kalau ada tepung roti lagi bagus) dan garam dalam mangkuk adunan. Kacau sikit.
- 3Masukkan adunan yis dan sedikit air. Kemudian sambung gaul.
- 4Masukkan mentega dan uli sampai doh elastic dan kurang melekat dekat tangan.
- 5Bulatkan dan rehatkan sampai doh kembang 2 kali ganda (anggaran 40 minit – 1 jam).
- 6Selepas doh dah kembang, tumbuk doh atau uli sikit untuk keluarkan angin.
- 7Canai doh menjadi leper anggaran 1 ½ cm tebal.
- 8Potong doh menjadi 4 segi (boleh buat bentuk lain ikut kreativiti).
- 9Biarkan anggaran 5 minit.
- 10Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan.
- 11Angkat dan toskan
- 1Potong kasar bawang besar.
- 2Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
- 3Tomato belah 4.
- 4Kentang potong dadu. Jangan besar sangat, kecil-kecil baru senang makan.
- 5Cili merah pot buang biji dan potong 2, cili padi buang tangkai.
- 6Pes asam jawa bancuh dengan sedikit air. Ramas-ramas dan ketepikan.
- 7Sardin Che Nom keluarkan siap-siap dari tin. Kalau guna sardine tin kecil boleh guna 2 tin kalau nak guna 1 tin boleh kurangkan 1/2 resepi ni.
- 8Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih.
- 9Masukan cili kisar dan masak sampai cili kering dan pecah minyak.
- 10Masukkan tomato dan masak sampai lembik. Che Nom masuk awai tomato sebab nak masak lembik dalam kuah dan pekatkan kuah.
- 11Masukkan kuah sardine dan air.
- 12Masuk kentang dan air asam jawa. Kacau sebati dan masak sampai kentang lembut.
- 13Masukkan sos tiram dan isi ikan sardin.
- 14Bila kuah dah mendidih boleh rasa, kalau kurang masin boleh tambah garam secukup rasa.
- 15Masuk hirisan bawang besar.
- 16Masukkan air untuk lebih berkuah.
- 17Tabur hirisan cili merah dan cili padi.
- 18Tutup api dan sedia untuk dihidang.
- •Masa uli kalau rasa doh masih keras, boleh tambah sedikit air. Dan kalau doh melekat dan lebik boleh tambah sedikit tepung.
- •Kerap tabur tepung masa potong dan bentukkan doh untuk elak doh melekat.
- •Untuk goreng cucur minyak kena banyak dan api sederhana, api jangan kuat sangat takut luar dah perang tapi dalam belum masak.
- •Kalau doh berlekuk (bekas kita pegang), boleh goreng bahagian berlekuk menghadap ke atas, nanti doh akan kembang elok dan lincin.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Sambal Belacan Padu
Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti seju...
Diterbitkan pada 3 Oktober 2022

Kuih Cara Berlauk
Resepi Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi melayu yang pasti ramai menggemarinya, apa yang menarik mengenai kuih ini anda da...
Diterbitkan pada 5 Jun 2016

Pes Nasi Goreng Kampung
Kali ni Che Nom nak share idea masakan yang sangat lah membantu mudahkan kerja kita memasak di dapur, iaitu cara untuk m...
Diterbitkan pada 12 Ogos 2023

Sambal Penyet Berapi
Kali ni Che Nom nak share resepi yang best sebab mudah dan sangat lah praktikal untuk di simpan sebagai stok yang akan b...
Diterbitkan pada 9 November 2022

Terung Goreng Berlada
Resepi Terung Goreng Berlada yang paling mudah dan sangat sedap. Buat para penggemar terung, hidangan begini pasti membu...
Diterbitkan pada 16 Disember 2016

Popia Goreng Bersira Pedas
Resepi Popia Goreng Bersira Pedas, ada yang panggil kuih ni popia goreng sambal ataupun popia goreng bercili. Kuih ni me...
Diterbitkan pada 12 Mei 2019
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.