
Ikan Masak Cuka
Masak-masak hari ni Che Nom nak tunjuk cara untuk sediakan ikan masak cuka, ada juga yang panggil jeruk ikan. Lauk ini sinonim sangat dengan masakan nenek-nenek dulu dan lauk orang berpantang. Kalau masak dengan ikan fresh memang terbaik. Rasa manis ikan, rasa sedap dan wangi dari tumisan biji sawi, bawang, halia dan serai.
Kuah tu kena ada rasa masam daripada cuka tapi muka orang yang masak tu kena la manis, kalau muka tukang masak masam mencuka orang tua-tua kata lauk jadi tak sedap, orang tua-tua mana yang cakap entah, Che Nom pon tak pasti, yang pastinya lauk ni bahaya, periuk nasi kena letak jauh – jauh.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 keping ikan tenggiri
- 1-2 sk garam
- 2 sk serbuk kunyit
- 4 cawan air
- 1 senduk minyak masak
- 1/2 senduk cuka makan
- 1 sk biji sawi
- 1 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 4-6 biji bawang merah kecil
- 8 ulas bawang putih
- 1 batang serai (pilihan)
- 1/3 batang timun
- 1-2 biji tomato
- 2 tangkai cili merah (pilihan)
- 8-10 tangkai cili padi
- 1/2 sb gula
- 2 sk serbuk perasa
- Garam secukup rasa
- 1Potong nipis bawang besar, bawang merah dan bawang putih belah dua atau letak je sebiji, halia potong memanjang (potongan mancis).
- 2Timun buang biji dan potong memanjang. Tomato belah 4-6 bahagian.
- 3Cili merah buang biji dan hiris nipis, cili padi buang tangkai saja, serai ketuk / titik sikit.
- 4Basuh dan bilas ikan dengan air asam jawa, kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam.
- 5Panaskan minyak dan goreng ikan. Bila ikan bertukar warna perang, angkat dan ketepikan.
- 1Panaskan minyak kemudian tumis biji sawi dan hirisan bawang besar sampai bawang lembut dan kekuningan.
- 2Masukkan hirisan halia dan kacau sampai naik bau.
- 3Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai. Kemudian kacau dalam 30 saat.
- 4Kemudian masukkan air, garam, gula dan cuka makan. Masak sampai mendidih.
- 5Masuk cili merah, cili padi, timun, ikan goreng, serbuk seasoning dan tomato.
- 6Masak sampai kuah meresap masuk kedalam ikan goreng tadi.
- •Kalau guna halia muda lagi sedap, tapi Che Nom tak ada jadi guna je halia tua.
- •Basuh dan bilas ikan dengan air asam jawa supaya bau hanyir ikan hilang.
- •Lebihkkan sikit serbuk kunyit sebab kita nak kuah tun anti berwarna kuning sikit.
- •Boleh ganti dengan ikan bawal, ikan tongkol, ikan merah, ikan kembung, ikan kerisi atau kekekek.
- •Ikan goreng tak perlu garing, cukup sekadar bertukar warna perang.
- •Lauk ni jangan terus hidang, biar kuah meresap kedalam ikan dulu barulah sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Sambal Tumis Ikan Cencaru
Sambal Tumis Ikan Cencaru, menu yang mudah disediakan dan sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih.Kita belah belaka...
Diterbitkan pada 18 September 2019

Sea Bass with Sweet andSour Sauce
Sweat Sour Barramundi Fish Recipes is a recipe that is well known among the Chinese community. Taste is definitely delic...
Diterbitkan pada 29 September 2013

Ikan keli berlada
Resepi Ikan keli berlada, Oleh:Fieyza FadlinaLike: www.facebook.com/bukuresepi ...
Diterbitkan pada 17 Jun 2014

Ayam Butter Kicap dan Nasi Butter
Resepi mudah Ayam Butter Kicap yang dipadankan dengan Nasi Butter, sesuai untuk yang buntu nak masak apa. Ayam Butter Kicap berkuah pekat dengan rasa manis-manis pedas berlemak, manakala Nasi Butter pula lembut, lemak bersusu dan wangi.
Diterbitkan pada 11 September 2023

Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga. Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang...
Diterbitkan pada 26 Julai 2018
Ayam Masak Merah Berempah
Ayam Masak Merah Berempah, yang cukup pedas, masam, manis, masin…baupun sangat wangi membuka selera. Hidangan ni hampir ...
Diterbitkan pada 23 Mac 2021
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...