
Kari Ayam Bangladesh
Kali ni Che Nom nak kongsi resepi viral sekarang ni, Kari Ayam Bangladesh! Ha jauh kita pergi. Dan kemudian Che Nom ternampak satu video yang diajar oleh orang Bangladesh sendiri, terus rasa nk cuba. Siap masak tak pakai baju pun ha. Kari ayam ni senang sangat, tak perlu tumis. Cuma masuk semua bahan, gaul dan masak. Cuma kena rajin sikit lah tumbuk bahan. Kalau tak berapa rajin, kisar aja guna food processor/blender kering.
Selain tak perlu tumis, apa yanga special ialah kita guna biji jintan putih, yang tumbuk halus. Bau harum sampai ke Bangladesh. Buah pelaga pun di tumbuk pecah supaya keluar aroma, pertama kali Che Nom cuba cara ni. Hasil kari ni sangat sedap dan meyelerakan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 sb garam
- 1 1/2 cawan air
- 4 kg ekor ayam
- 1 1/2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah kecil
- 4-5 tangkai cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 1 inci halia
- 1 sb jintan putih
- 2 batang kayu manis
- 7 biji pelaga
- 1 1/2 sb serbuk kari daging
- 1/2 sb serbuk kunyit
- 1/4 cwn minyak masak
- 2 biji kentang
- 1Hiris nipis bawang besar. Potong kasar bawang putih, bawang merah kecil, halia, cili padi dan cili merah besar.
- 2Potong kentang kepada 4 bahagian.
- 3Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah, halia, jintan putih dan buah pelaga.
- 1Dalam kuali, masukkan ayam, bahan tumbuk halus, bawang besar, kulit kayu manis, serbuk kari daging, serbuk kunyit, garam dan minyak masak.
- 2Gaul sebati kesemua bahan.
- 3Tambah air, tutup kuali dan masak dengan api perlahan.
- 4Masukkan kentang, sedikit air dan sambung masak sampai kentang empuk dan minyak terapung.
- 5Boleh tambah air untuk lebih berkuah.
- 6Hidang bersama nasi panas.
- •Dalam video asal ada guna ayam kampung tapi Che Nom guna ayam daging, boleh guna ayam kampung, ayam akan lebih kenyal dan sedap rasa.
- •Boleh masukkan awal-awal kentang tapi Che Nom tak nak kentang terlalu lembut dan hancur, ikut style masing-masing.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...