Kek Coklat Kukus Lembap
Kek

Kek Coklat Kukus Lembap

Kek Coklat Kukus Lembap yang menggunakan kaedah sukatan cawan di dalam penyediaan bahan-bahannya. Kek ini tidak menggunakan telur tetapi hasilnya tetap sedap, lembut dan lembab. Boleh dikukus dalam bekas-bekas kecil jika anda mahu sediakan sebagai kek untuk 'door gift' atau juga untuk hidangan di majlis keraian.


Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 8 Ogos 20184.9K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder

  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan air panas

  • 100g coklat masakan, dark coklat
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar susu pekat
  • coklat rice untuk hiasan
Cara Memasak

  1. 1
    Panaskan periuk kukusan yang sudah berisi air.
  2. 2
    Griskan loyang dengan butter dan taburkan dengan sedikit serbuk coklat supaya mudah dikeluarkan nanti.
  3. 3
    Ayak bahan-bahan A di dalam mangkuk dan ketepikan.
  4. 4
    Dalam mangkuk berasingan tuang minyak sayuran bersama susu pekat manis, gula kastor dan esen vanila. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
  5. 5
    Tuang air panas berselang seli dengan bahan ayak tadi. Kacau lagi dengan whisk sehingga adunan hilang ketulan-ketulan dan halus sekata.
  6. 6
    Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25-30 minit. Sejukkan kek dahulu sebelum dikeluarkan daripada loyang.

  1. 1
    Panaskan air dan letak mangkuk di atas permukaan wap. Kaedah ini dinamakan 'double boiler'.
  2. 2
    Masukkan coklat, susu, butter dan susu pekat. Kacau sehingga topping cair dan adunan menjadi sebati.
  3. 3
    Sejukkan sebelum tuang topping coklat di atak kek.
  4. 4
    Tabur dengan coklat rice sebagai hiasan
Petua & Panduan
  • Balut dan ikat kemas penutup kukusan dengan kain supaya air kukusan tidak menitik di dalam adunan kek.
  • Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari loyang supaya mendapat hasil permukaan kek cantik dan licin.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Resipi Komuniti

Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami

Lihat Semua

Kongsi Resipi Anda Sendiri!

Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru