
Kuah Kacang Pekat Dan Pedas
Menu raya kali ni ialah kuah kacang versi baru. Siapa yang plan nak buat kuah kacang tu, jomlah cuba. Memang cukup pekat, pedas berempah, manis, cukup rasalah semua. Kelainan kuah kacang untuk resepi kali ini ialah Che Nom letakkan santan untuk lebih rasa berlemak.
Che Nom akan hidang kuah kacang pekat ni dengan ketupat nasi daun kelapa, cara tradisional. Memang padanan yang mantap sekali.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 8-10 biji bawang merah kecil
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 4-5 batang serai
- 2 inci lengkuas
- 2 sb /25g udang kering
- 25 biji cili kering
- Sedikit minyak
- Sedikit air
- 1 mangkuk besar minyak masak
- 600g kacang tanah
- Air anggaran 4-6 cawan
- 1 kotak kecil /200ml santan
- ½ cawan air asam jawa
- 3 sb kicap manis
- 150g gula melaka
- Garam secukup rasa
- 1Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga keperangan.
- 2Tumbuk kasar atau kisar kering kacang tanah.
- 3Panaskan minyak, lalu goreng bahan-bahan kisar halus iaitu bawang putih, halia, bawang, serai, lengkuas, cili kering, dan udang kering. Kacau dalam 3-4 minit.
- 4Angkat dan toskan minyak.
- 5Kisar halus bahan gorengan dengan sedikit air sehingga menjadi pes pekat.
- 6Panaskan minyak, masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak.
- 7Masukkan kacang tanah goreng, air dan gula melaka. Renehkan kuah kacang dalam anggaran 30 minit dengan api perlahan sehingga kuah kacang pecah minyak dan masak.
- 8Masukkan santan, garam secukup rasa, air asam jawa dan kicap manis. Tambah air serta gula melaka jika perlu.
- 9Masak kuah kacang sehingga mendidih.
- 10Kemudian, kuah kacang siap untuk dihidang.
- •Sebaiknya pilih lengkuas yang lebih muda dan masih lembut.
- •Selain gula melaka, boleh juga digantikan dengan gula nisan.
- •Kacang tanah yang rangup boleh di uji pada kerapuhan kulit kacang dan kulit pada biji kacang akan lebih senang tertanggal.
- •Untuk menggoreng kuah kacang, gunakan minyak yang banyak supaya kuah kacang menjadi lebih sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai
Kali ini Che Nom nak share resepi Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai.Sambal belacan ni diletak bawang tanpa perlu masa...
Diterbitkan pada 13 April 2022

Sambal Belacan Padu
Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti seju...
Diterbitkan pada 3 Oktober 2022

Sambal Penyet Berapi
Kali ni Che Nom nak share resepi yang best sebab mudah dan sangat lah praktikal untuk di simpan sebagai stok yang akan b...
Diterbitkan pada 9 November 2022

Sambal Ijo
Kali ni Che Nom nak masak sambal, bukan sebarang sambal tapi sambal hijau atau sambal ijo ala-ala rumah Padang. Bagi Che...
Diterbitkan pada 8 Januari 2023

Kuah Kacang
Resepi Kuah Kacang yang sangat sedap dan agak mudah bagi Che Nom. Kuah kacang yang sedap haruslah mempunyai rasa pedas, ...
Diterbitkan pada 5 Ogos 2016

Sos Cili Thai
Resepi Sos Cili Thai, sos pencicah yang sangat sedap dan mudah disediakan. Sos ini rasanya manis, pedas dan masam secuku...
Diterbitkan pada 14 Disember 2016
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...