
Kuih Cara Berlauk
Jom tengok Che Nom nak buat kuih melayu yang ramai juga suka, tapi mesti ramai yang tak penah buat kan. Ini lah dia Kuih Cara Berlauk. Cara masaknya sama macam kuih cara manis, cuma yang versi berlauk ni kita kena sediakan dulu inti daging yang dimasak dengan bahan tumisan dan rempah. Yang penting daging kisar kena masak sampai kering. Kemudian kita bancuh adunan kuih cara versi bewarna kuning menggunakan blender sahaja.
Dalam video ni Che Nom tunjuk cara yang lengkap lah untuk masak kuih cara berlauk sampai menjadi. Sekali masak pasti puas makan, mewah dengan inti daging, juga harum dengan bau bahan-bahan taburan. Bagi sesiapa yang tak pernah makan, sedap tau kuih ni. Jom lah cuba.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- Minyak masak (untuk menumis)
- 1/2 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 2 sb serbuk kari daging
- 200g daging kisar
- Garam, secukup rasa
- 1/2 sk serbuk lada sulah
- 1 sk garam
- 1 cwn santan pekat
- 2 cwn tepung gandum
- 2 1/2 cwn air
- 1 biji telur
- 1 sk pewarna kuning
- 1 pokok daun bawang
- 1 pokok daun sup
- Bawang goreng
- 1 tangkai cili merah besar
- 1 helai daun pandan (berus)
- Minyak masak (untuk gris)
- 1Potong bawang putih, bawang holland, daun bawang, daun sup dan cili merah besar.
- 2Bancuh serbuk kari daging dengan sedikit air.
- 3Panaskan minyak kemudian tumis bawang holland dan bawang putih.
- 4Masukkan pes kari daging dan tambah air 2-3 kali. Masak sampai pecah minyak.
- 5Masukkan daging kisar, garam, serbuk lada sulah dan sedikit daun sup.
- 6Bila dah masak boleh tutup api dan ketepikan dulu.
- 1Kisar halus santan pekat, tepung gandum, air, telur, pewarna kuning dan garam.
- 2Panaskan acuan dan gris dengan minyak.
- 3Tuang adunan tapi jangan penuh, biar ada ruang sikit untuk letak inti.
- 4Bila bawah dan mula keras, boleh letak inti, hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili.
- 5Tutup acuan dan sambung masak 4-7 minit.
- 6Bila dah meruap kiranya dah masak. Boleh angkat dan hidang.
- •Masa tumis bawang, tumis bawang holland sampai lembut dulu kemudian baru tumis bawang putih. Kena lambat sikit masuk bawang putih sebab speed untuk browning tu laju sangat.
- •Nak elak blender melekat, eloknya letak cecair dulu kemudian baru bahan kering.
- •Che Nom buat berus untuk gris acuan menggunakan daun pandan. Ambik 1 helai daun pandan dan gunting 8. Susun dan gunting hujung bagi halus macam berus. Akhir sekali ikat hujung dengan getah.
- •Selalu orang guna acuan bunga untuk kuih cara, tapi Che Nom ada acuan belimbing je.
- •Adunan sebelum tuang dalam acuan, pindah masuk dalam jug kecil atau bekas yang ada mucncung, senang sikit. Che Nom balut jug dengan tisu untuk elak meleleh.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Lepat Pisang Lembut Manis
Kali ni jom kita belajar buat kuih melayu, kuih tradisional iaitu lepat pisang. Kalau ada pisang yang ranum selain dari...
Diterbitkan pada 6 Julai 2022

Kuih Kole Kacang Premium
Kuih kenyal tradisional dengan aroma tepung kacang hijau dan taburan tahi minyak yang padu!
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Kuih Kole Kacang
Kuih tradisional lembut kenyal dengan rasa lemak manis yang unik.
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Kuih Bahulu Tradisional
Resepi kuih bahulu tradisional 3 bahan, tanpa agen penaik.
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Bubur Pulut Hitam Pekat Likat & Wangi Gula Melaka
Resepi bubur pulut hitam tradisional yang pekat, manis, dan dihidang bersama kuah santan lemak masin yang berkrim.
Diterbitkan pada 29 Ogos 2025
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...