
Kurma Kambing
Resepi Kurma Kambing yang sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato, nasi hujan panas atau nasi berperisa yang lain mengikut kesukaan anda. Sedap juga kalau dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan. Kalau di sebelah utara, kurma kambing memang biasa dihidangkan di kenduri kendara dan rasanya memang sangat sedap.
Pastikan daging dimasak betul-betul lembut dan senang ditarik keluar dari tulangnya. Pastinya masa yang lama diperlukan untuk masak daging kambing sehingga lembut, tetapi jika anda mempunyai pressure cooker, masa dapat dijimatkan.
Kalau tak ada pressure cooker tak apa, ada beberapa petua untuk melembutkan daging seperti masukkan sudu ke dalam masakan dan rebus bersama-sama daging. Ada juga yang petua, basuh dan gaul dulu daging kambing bersama tepung dan kicap selama 1/2 jam sebelum dibilas dan kemudian rebus. Silalah cuba ya :)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 kg daging kambing
- 1 senduk minyak
- 2 cawan santan pekat
- 3 biji cili hijau atau cili merah, potong dua
- 4 biji kentang, potong dadu besar
- 1 batang karot. potong dadu besar
- 2 biji bawang besar, belah 4
- 1/2 cawan air asam jawa
- sedikit gula melaka
- garam secukup rasa
- 4-5 sudu besar rempah daging kurma
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 8 biji bawang merah
- 5 ulas bawang bawang putih
- 2 inci halia
- 1 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 batang cengkih
- 2 tangkai daun kari
- 1Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan rempah tumis dan bahan tumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
- 2Masukkan bancuhan pes rempah, kacau dan masak sehingga pecah minyak. Tuang sedikit air jika rempah terlalu kering dan garing untuk mengelakkan rempah hangus.
- 3Masukkan kambing dan gaul sebati bersama rempah. Biarkan masak sehingga 5 minit dan tambah sedikit air hingga agak tenggelam daging kambing. Masak sehingga daging menjadi empuk dan lembut.
- 4Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, air asam jawa, karot, kentang, cili hijau dan bawang besar. Masak sehingga bahan tadi empuk.
- 5Masukkan pula gula melaka dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ayam Masak Kurma Pekat dan sedap
Che Nom nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma. Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Mel...
Diterbitkan pada 15 November 2019

Kari Kambing Sedap
Resepi kari kambing yang sedap, dan sangat sesuai jika dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. S...
Diterbitkan pada 22 November 2014

Ayam Masak Kurma
Resipi Ayam Masak Kurma, hidangan yang tak asing lagi setiap di kenduri kendara. Hindangan mudah dan sedap, pastikan and...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...