
Mee Kari Ipoh
Resepi kali ini khas buat sesiapa yang tak nak makan nasi, tapi bukan tak suka nasi, cuma tu lah kadang jemu, nak tukar selera, masak style berkuah ha hidang dengan kuali, masing-masing boleh layan diri. Senang kerja mak-mak. Jom tengok Che Nom nak masak Mee Kari Style Ipoh, atau Chinese style lah. Buat pertama kali Che Nom buat mee kari tak letak rempah yang banyak, takde rempah tumis, tak perlu bahan banyak sangat, tapi hasilnya tu memang cukup mantap. Kuah mee kari style Ipoh tak perlu pekat sangat, cair-cair ke tapi cukup dengan rasa pedas berempah, dan kurang berlemak. Kita celur mee kuning, hidang pulak dengan fishball, sayur, Che Nom tambah isi ayam untuk protein, hirup pulak kuah waktu musim-musim hujan ni memang terbaik.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 pokok daun bawang
- 1/2 inci halia
- 1 ketul dada ayam
- 4 cwn air
- 1 kiub pati ayam
- 4 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1-2 batang serai
- 1 genggam ikan bilis
- 1 sb udang kering
- 1/2 cwn minyak masak
- 4 sb serbuk kari daging
- 2 sb cili kisar
- 1 kiub pati ayam
- 1 kotak kecil /200ml santan
- 5-6 cwn air (ikut kepekatan)
- Garam secukup
- 2 pek fishball
- 2 ketul fishcake
- 8 ketul tauhu pok
- Sayur pak choi
- 1-2 pek mee kuning
- Taugeh
- Cili merah besar
- Daun bawang
- Daun sup
- 1Hiris nipis halia dan daun bawang (bahagian putih).
- 2Masuk hirisan halia, daun bawang, kiub pati dan dada ayam dalam periuk. Tambah air sampai tenggelam (anggaran 4 cwn).
- 3Rebus ayam sampai masak. Bila ayam dah masak ketepikan dulu isi ayam, air rebusan simpan.
- 4Kisar halus bawang merah dan putih, serai, ikan bilis dan udang kering.
- 5Bancuh serbuk kari daging dan cili kisar dengan sedikit air.
- 6Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus.
- 7Masukkan bancuhan rempah kari dan masak sampai pecah minyak. Ulang tambah air dan masak pecah minyak sebanyak 3 kali.
- 8Tuang masuk air rebusan ayam, kiub pati ayam dan santan kotak (coconut milk).
- 9Tambah air untuk lebihkan kuah dan perasakan dengan garam.
- 10Masukkan fishball dan tauhu pok. Masak sampai mendidih kemudian tutup api.
- 1Potong sayur pak choi.
- 2Panaskan air kemudian celur sayur pak choi anggaran 3-4 minit kemudian angkat dan rendam dalam air sejuk.
- 3Celur pulak mee kuning dan fishcake sampai masak.
- 4Boleh hidang bersama kuah kari, pak choi, fishcake, taugeh, hirisan ayam, cili merah, daun sup dan daun bawang. Bawang goreng pon boleh letak kalau suka.
- •Santan kotak ada 2 jenis, coconut cream dan coconut milk, Che Nom lebih suka yang coconut milk sebab natural dan tak lemak sangat, close macam santan fresh.
- •Lepas celur sayur cepat-cepat rendam dalam air sejuk untuk maintain warna hijau sayur.
- •Kalau nak elak mee melekat masa hidang, boleh drizzle sikit minyak masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula denga...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Kerabu Mangga
Resepi Kerabu Mangga, Resepi yang tak asing lagi sebagai hindangan sampingan. Menggunakan Bunga Kantan, Udang Kering, Ka...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Sambal Belacan Padu
Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti seju...
Diterbitkan pada 3 Oktober 2022

Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel
Apom Lenggang Gulung yang dihidangkan bersama Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans kombinasi duo bernutrisi bagi tenaga harian. Cukup dengan rasa pedas, manis dan pekat berempah. Anak-anak pasti suka.
Diterbitkan pada 1 Ogos 2024

Fish Head Curry
Fish Head Curry recipe delicious, red fish can also be replace with sea bass, the tomato tamarind serve together. Delici...
Diterbitkan pada 29 September 2013
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...