
Muffin Pisang Nutella dan Oat
Resepi Muffin Pisang Nutella dan Oat, satu kombinasi 3 bahan utama iaitu pisang, oat dan nutella yang pastinya dapat menghasilkan muffin yang sedap dan menyelerakan. Teksturnya lembap, dan baunya sangat harum ditambah pula dengan keenakan nutella. Kalau ada pisang yang sudah masak ranum, jangan lah dibuang kerana pisang masak ranum yang kulitnya sudah berbintik-bintik hitam itulah yang paling sesuai dibuat kek atau muffin. Che Nom gunakan pisang berangan untuk resepi ini dan juga gunakan oat segera (instant oat). Anda boleh gunakan rolled oat atau jenis yang lain juga.
Nutella pula diletakkan akhir sekali di atas adunan dan kemudian dilorekkan menjadi bentuk marble atau swirl yang cantik sebelum dibakar. Muffin ini boleh dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Resepi di ambil dari laman Chef In Training dan pastinya Che Nom akan buat lagi muffin ni sebab keluarga sangat sukakannya.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan oat
- 1/4 cawan gula kastor
- 1/2 cawan gula perang
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh baking soda
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu full cream
- 1/4 cawan minyak sayur (minyak jagung atau minyak canola)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji pisang saiz besar (ATAU 3 biji pisang saiz sederhana), lecek halus
- Nutella secukupnya
- 1Panaskan oven pada suhu 170°C.
- 2Di dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda dan garam. Kacau hingga semuanya sebati.
- 3Di dalam mangkuk berasingan, pecahkan telur dan masukkan minyak sayur, esen vanilla, dan pisang yang dilecek.
- 4Tuang bahan campuran tepung ke dalam adunan basah dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk atau whisk. Jangan terlebih kacau dan memadai jika campuran bergaul sebati.
- 5Kautkan adunan menggunakan sudu atau ice cream scoop ke dalam muffin tin (anggaran 12 biji muffin saiz besar).
- 6Letakkan 1 sudu kecil nutella di atas adunan dan kacau menggunakan pisau kecil atau lidi halus supaya menjadi bentuk swirl yang cantik.
- 7Bakar selama 17-20 minit atau sehingga bilah lidi dicucuk dan tidak melekit.
- •Jangan kacau adunan terlalu lama kerana nanti muffin akan menjadi keras oleh sebab gluten yang terhasil dari tepung atau adunan yang terlebih kacau.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...