Nasi Briyani Pakistan
Nasi Briyani Ayam style Pakistan yang sungguh lembut, fluffy dan cukup lengkap rasanya. Cara masaknya agak berbeza iaitu beras perlu direbus dan dibuang kanji dahulu…sbb tu lah nasi jadi lembut sgt dan mudah nak masak sbb kita tak perlua agak sukatan air. Kemudian dilapis dengan lauk yg kita masak.
NOTA: 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 biji tomato (kisar asing tomato)
- 1/2 ekor ayam (7 ketul)
- 3 sudu besar rempah briyani
- 3-4 sudu besar yoghurt asli
- 1/2 sudu besar garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1 cawan gajus
- 8-10 biji bawang merah kecil
- 2 cawan minyak masak
- 1 biji bawang holland
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum cengkih
- 1 helai daun salam
- 1 biji kentang
- 8-10 biji cili padi atau 3-4 biji cili padi hijau
- 1/2 mangkuk kismis/prune kering
- 1 ikat daun ketumbar
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- 4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit
- 2 liter air
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 kuntum cengkih
- 1 helai daun salam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- garam (cukup sehingga air rasa masin)
- sedikit minyak
- 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air
- ** RALAT: abaikan sukatan air 1/4 cawan di video
- pewarna kuning untuk hiasan
- 1/2 biji bawang holland
- 1 biji tomato
- 1 batang timun
- jus dari 1/2 biji lemon atau sedikit cuka makan
- sedikit gula
- secubit garam
- 1Cincang kasar bawang putih dan halia.
- 2Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang holland.
- 3Potong kentang dan tomato kepada ketulan besar.
- 4Hiris kasar daun ketumbar dan daun pudina.
- 5Sediakan kismis atau prune kering, potong kecil-kecil kalau prunee kering.
- 6Bland bawang putih, halia dan air.
- 7Kisar halus tomato.
- 8Perap ayam dengan bawang putih dan halia yang telah dikisar, rempah briyani, yoghurt asli, garam, lada hitam dan gaul sebati.
- 9Perap ayam selama 1/2 jam.
- 10Panaskan kuali dan goreng gajus sehingga keperanggan kemudian angkat.
- 11Goreng pula kentang sehingga keperanggan dan kemudian angkat.
- 12Goreng bawang merah sehingga kekuniggan dan kemudian terus angkat.
- 13Keluarkan sedikit minyak dan mula menumis bawang holland.
- 14Masukkan minyak sapi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun salam (daun bay).
- 15Bila bawang dah lembut dan semua bahan naik bau, masukkan ayam yang telah diperap.
- 16Tambah sedikit bawang goreng (jangan habiskan, simpan utk taburan).
- 17Masukkan tomato yang dikisar halus.
- 18Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
- 19Masukkan cili padi hijau (dibuang tangkai dan belah hujung) , kentang, kismis atau prune kering, garam, sedikit hirisan daun ketumbar dan sedikit yogurt.
- 20Bila kuah dah pekat dan pecah minyak, masukkan gula dan tambah air kalau kuah kering sangat.
- 1Rendam beras basmathi selama 10 minit dan tapis.
- 2Panaskan air, masukkan rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih), daun salam, lada hitam dan garam.
- 3Masukkan beras dan masak sehingga mendidih (dalam 70 % masak).
- 4Tapis air.
- 5Tuang sedikit minyak ke atas beras (supaya tak melekat) dan ratakan.
- 6Bahagi nasi kepada 3 bahagian dan ayam dua bahagian.
- 7Susun mengikut urutan beriku:
- 8Pertama masukkan nasi kedalam kuali @ rice cooker dan ratakan.
- 9Kedua masukkan ayam dan kuahnya sekali.
- 10Ketiga masukkan nasi dan ratakan.
- 11Keempat masukkan ayam beserta kuahnya, bawang goreng hirisan daun ketumbar.
- 12Dan lapisan terakhir tuang kesemua nasi dan tabur lagi bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.
- 13Tuang sedikit minyak.
- 14Titik sedikit pewarna kuning @ saffron.
- 15Tuang susu cair yang telah dicampur dengan air.
- 16Tutup denga penutup yang telah dibalut dengan towel atau kain.
- 17Masak sehingga 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
- 18Bila nasi dah masak, tutup api dan rehatkan 1/2 jam dengan penutup (jangan kacau lagi waktu ni).
- 19Kalau nasi masih keras sikit, boleh tambah sikit lagi air dan sambung masak.
- 20Geburkan nasi dan taburkan dengan kacang gajus dan hirisan daun ketumbar.
- 1Potong dadu kecil bawang holland, tomato (buang bahagian biji tengah), timun (buang bahagian biji tengah).
- 2Perah jus lemon dan tuang kedalam salad.
- 3Masukkan juga gula, serbuk lada hitam dan garam.
- 4Kalau nak tambah minyak zaitun pon boleh.
- 5Gaul sebati dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidang.
- •Tip nak tau nasi dah masak ke belum, bila nasi lembut dan kembang dan wap keluar banyak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Asam Pedas Ikan Kembung dan Sambal Belacan
Kali ni Che Nom nak masak lauk yang boleh buat menambah-nambah nasik tak cukup sepinggan, iaitu asam pedas ikan kembung....
Diterbitkan pada 17 Februari 2023

Sup Tulang Padu Dan Air Asam
Kali ni menu berasaskan daging iaitu Sup Tulang yang padu, dipadankan dengan air asam yang pedas menyegat, gabungan yang...
Diterbitkan pada 15 Julai 2022

Nasi Minyak Kenduri dan Jelatah: Resepi Tradisional Beraroma
Nasi minyak beraroma, dihidang bersama jelatah segar—sesuai dimakan dengan apa sahaja lauk kegemaran.
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Nasi Minyak Dan Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam rasa sebiji macam kenduri. Makan pulak dengan nasi minyak yang lembut berderai. Kalau takde jemputan kita masak sendiri je. Cara buat jelatah pon ada dalam resepi ni.
Diterbitkan pada 29 Oktober 2024
Ikan Bakar Dan Air Asam
Kali ni Che Nom nak share resepi Ikan bakar air asam yang sedap sangat dan mudah untuk disediakan. Che Nom akan tunjuk c...
Diterbitkan pada 3 April 2021
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.