
Nasi Goreng Daging Merah ala Thai
Resepi nasi goreng daging merah, masakan ala Thai yang menjadi menu utama di kebanyakan restoran di Malaysia. Pilih bahagian daging yang tidak terlalu kenyal atau liat. Untuk nasi goreng, hanya perlu masak nasi goreng yang simple kerana akan dipadankan dengan Daging Merah yang mengandungi banyak bahan sayuran. Cubalah,,kalau masak sendiri pasti puas hati.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 200 gram daging
- pewarna merah
- 1 senduk minyak masak
- 1 inci halia, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
- 1/4 cawan cili kisar
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 helai daun limau purut
- 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
- 4 biji jagung muda, potong memanjang
- sedikit tepung jagung
- Karot, potong memanjang
- 1 biji telur
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 4 cawan nasi
- Sayuran campur atau mixed vegie
- 2 sudu besar cili kisar
- 1/2 ketul kiub ayam
- 3 biji bawang merah, hiris nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- 1Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
- 2Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
- 3Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- 4Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
- 5Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- 6Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
- 7Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.
- 1Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- 2Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Paprik Seafood Ala Thai
Resepi Paprik Seafood yang pasti boleh menandingi kesedapan paprik jika dibandingkan dengan restoran Thai. Kunci utama k...
Diterbitkan pada 6 Disember 2016

Nasi Goreng Usa
Menu kali ini ialah Nasi Goreng USA ala Thai. Menu nasi yang digoreng dengan sayur dan seafood ataupun ayam, dihidangkan...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Ikan Masak Tiga Rasa
Resepi Ikan Masak 3 rasa, untuk resepi ini Che' Nom menggunakan ikan siakap, boleh jugak digantikan dengan ikan bawal, I...
Diterbitkan pada 7 Februari 2016

Siakap Tiga Rasa Ala Thai
Menu kita kali ini ialah Ikan Siakap 3 Rasa, menu terkenal restoran ala Thai. 2 tahun dulu Che Nom dah pernah share rese...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.