
New York Cheesecake
Assalamualaikum semua! Hari ni Che Nom nak share resepi New York Cheecake yang memang sangat sedap. Pergh, confirm tak percaya boleh buat sendiri dekat rumah sebab rasanya macam dessert mahal yang jual dekat cafe famous macam Starbucks dan Coffee Bean, Teksturnya super creamy, lembut dan moist, perfect untuk minum petang dengan kopi panas.
Che Nom selalu buat ni kalau ada special occasion, tapi actually boleh buat bila-bila je sebab bahan-bahan semua senang nak dapat. Ramai yang takut nak try sebab ingat susah, tapi sebenarnya senang je kalau ikut step yang betul. Okay, jom Che Nom share cara-cara yang penting untuk dapatkan tekstur yang perfect macam beli dekat kedai!
Maklumat tambahan: Masa menunggu: 8-10 jam (termasuk overnight chilling)

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 200g biskut Digestive, dihancurkan (13-14 keping)
- 100g mentega, dicairkan
- 2 sudu besar gula kastor
- 1kg cream cheese (suhu bilik)
- 300g gula kastor
- 3 sudu besar tepung gandum
- 4 biji telur (saiz A)
- 2 biji kuning telur
- 200ml krim masam (sour cream)
- 2 sudu teh ekstrak vanila
- Jus dari 1 biji lemon
- 1Lapik loyang springform (saiz 9 inci) dengan kertas pembakar di bahagian bawah dan tepi. Gris nipis dengan mentega.
- 2Hancurkan biskut Digestive hingga halus. Campurkan dengan mentega cair dan gula kastor. Ratakan di dasar loyang dan tekan supaya padat. Simpan dalam peti sejuk.
- 3Pukul cream cheese (suhu bilik) dengan paddle attachment hingga lembut. Masukkan gula kastor, pukul hingga sebati. Ayak tepung gandum dan masukkan sedikit-sedikit.
- 4Masukkan telur dan kuning telur satu persatu pada kelajuan rendah. Akhir sekali, masukkan krim masam, ekstrak vanila dan jus lemon. Tapis adunan untuk tekstur lebih halus.
- 5Tuang adunan ke dalam loyang. Balut bahagian bawah loyang dengan kerajang aluminium. Ketuk perlahan untuk keluarkan gelembung udara.
- 6Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Letakkan loyang dalam dulang besar. Tuang air panas (waterbath) setinggi 1 inci.
- 7Bakar selama 1 jam 15 minit atau hingga bahagian tepi set tetapi tengah masih bergegar bila digoncang.
- 8Matikan ketuhar dan biarkan pintu terbuka sedikit selama 1 jam. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
- •Keluarkan kek dari peti sejuk 30 minit sebelum dihidang
- •Biarkan kek dalam peti sejuk tanpa tutup 6-8 jam sebelum balut dengan plastik pembungkus
- •Pastikan semua bahan untuk isian keju berada pada suhu bilik untuk hasil yang lebih baik
- •Biskut Digestive lebih sedap dari biskut Marie sebab teksturnya lebih kasar dan ada rasa rempah
- •Kaedah waterbath penting untuk elakkan kek merekah dan dapat tekstur yang lembut
- •Untuk potongan kemas, celup pisau dalam air panas dan lap kering setiap kali memotong
- •Boleh hidang dengan sos strawberi atau blueberry untuk rasa tambahan
- •Kek boleh tahan sehingga seminggu dalam peti sejuk
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Makaroni Bakar Cheese Leleh
Kali ni Che Nom nak share resepi macaroni bakar cheese leleh yang sesuai sangat untuk buat jualan, sama ada yang dah mas...
Diterbitkan pada 22 Disember 2021

Puding roti
Jom kita tengok resepi dessert pulak kali ni, dessert klasik kegemaran ramai terutamanya pada bulan puasa iaitu agar-aga...
Diterbitkan pada 25 Mac 2023

Lapis Cheese Cracker
Resipi Lapis Cheese Cracker, yang sungguh mudah tetapi menghasilkan dessert sangat sedap. Che Nom memang pada mulanya ag...
Diterbitkan pada 20 November 2015
Kek Chocolate Moist Tanpa Oven
Hi Semua, kali ni Che Nom nk sediakan satu dessert yang tersangatlah mudah iaitu kek coklat moist yang cuma gunakan micr...
Diterbitkan pada 3 Jun 2020
Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang ...
Diterbitkan pada 26 April 2020

Kek Tiramisu Versi Halal Contoh Resipi Premium
Kek Tiramisu mudah, versi halal dan tak perlu bakar.
Diterbitkan pada 15 Januari 2025
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...