
Sizzling Tauhu Telur Pedas
Kali ni jom masak menu ala Chinese style iaitu Sizziling Tauhu Telur, tapi tak berapa nak ori dah sebabnya Che Nom masak guna bahan apa yang ada kat rumah dan jadikan versi pedas. Jadi tak perlu makan dengan cili potong lagi dan kena sangat dengan selera Che Nom sekeluarga.
Mula-mula kita goreng tauhu sampai garing diluar. Kemudian masak pula kuah sizziling dan tuang atas telur yang digoreng. Menarik kan.
Hidangan ni sangat tingi dengan protein sebab ada tauhu telur, ada isi ayam, dan ada telur ayam lagi. Sesuai untuk high protein diet.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 bungkus tauhu telur
- Sedikit tepung jagung
- 1 ketul isi ayam
- 1/4 sk garam
- 1/2 sk serbuk lada sulah
- 1 sb kicap manis
- 1/4 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 1 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi
- 1 sk serbuk lada sulah
- 2 sb sos tiram
- 1-2 sb kicap cair
- 3 batang cendawan King Oyster
- 2 cwn air
- 2-3 sb bancuhan tepung jagung
- 1 sb kicap manis
- Sedikit garam dan serbuk perasa
- Daun bawang
- 1 biji cili merah (hiasan)
- 3 biji telur
- Secubit garam
- 1Potong tauhu telur kepada 6 bahagian.
- 2Cendawan basuh, lap kering dan potong dadu kecil.
- 3Hiris daun bawang dan cili merah untuk taburan.
- 4Cincang halus cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang holland untuk tumisan.
- 5Potong dadu kecil isi ayam dan perap dengan garam, lada sulah dan kicap manis.
- 6Salut tauhu telur dengan tepung jagung.
- 7Panaskan minyak dan goreng tauhu telur sampai garing.
- 8Boleh angkat tauhu telur dan toskan minyak.
- 9Tumis bawang holland sampai lembut kemudian masukkan bawang putih cincang.
- 10Bila bawang putih dah perang, masuk cili merah dan cili padi. Tumis sekejap sampai semua bahan tumis layu.
- 11Masukkan ayam perap dan goreng sampai isi ayam separuh masak.
- 12Perasakan dengan serbuk lada putih, sos tiram dan kicap cair.
- 13Masukkan cendawan dan kacau sampai cendawan layu.
- 14Tambah serbuk pati ayam (atau seasoning), air, kicap cair, minyak bijan (pilihan) dan air bancuhan tepung jagung.
- 15Masukkan tauhu telur goreng, kacau sebati dan tutup api.
- 1Pecahkan telur dan kacau dengan garam.
- 2Goreng telur sampai separuh masak.
- 3Tuang masuk kuah sizzling tauhu telur tadi.
- 4Tabur cili merah dan daun bawang.
- 5Masak sampai lapisan telur garing kemudian tutup api.
- •Tauhu telur kalau nak senang keluarkan dari plastic, belah 2 di tengah dan baru picit keluar tauhu dari tepi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Omelette Berinti Daging
Resepi Omelette yang sesuai disajikan untuk sarapan pagi. Sarapan yang kaya dengan protein. ...
Diterbitkan pada 11 Februari 2014

Sizzling Yee Mee
Untuk resepi mee kali ni, Che Nom nak masak menu sizzling mengunakan yee mee. Kita buat menu ala-ala food court pulak. M...
Diterbitkan pada 5 Disember 2022

Tauhu berlauk dan sambal kicap
Tauhu Berlauk yang rangup di luar dan lembut di dalam. Menu tinggi protein dan rendah karbohidrat ini sesuai untuk yang berdiet. Cicah dengan sambal kicap memang "kebaboom"!
Diterbitkan pada 10 Disember 2023
Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap Yang Padu
Tauhu begedil yang pernah viral suatu ketika dulu tapi sekarang masih ramai yang sukakan menu ni dan juga menjadi punca ...
Diterbitkan pada 23 Mac 2021
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.