
Sotong Goreng Tepung Dan Sos Cicah Ala Thai
Kali ni Che Nom nak share resepi Sotong Goreng Tepung yang memang favourite semua orang dalam rumah, dan kalau pergi Kuala Perlis pun memang wajib order sotong goreng tepung nih. Che Nom akan share juga cara nak buat sos cili Thai homemade untuk dipadankan sekali.
Nak sediakan hidangan ni biasanya ada 3 cabaran besar. Pertama tepung salut tak melekat. Kedua sotong meletop mcam bom bila goreng, ha takut kan. Dan ketiga, sotong liat pulak bila dah goreng tu.
Resepi dan teknik yang Che Nom nak share kali ni, memang boleh elak dari ketiga-tiga perkara tu terjadi.
Sotong akan bersalut elok aja bila digoreng, garing sekata dan tak meletop. Sotong pun sangat lembut bila dimakan. Tepung salutan pun sedap cukup rasakrup krap kup krap hasilnya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 400g sotong
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 biji telur putih
- ½ sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- ½ sudu besar serbuk perasa Sedap
- 1 sudu besar sos tiram
- ½ sudu kecil garam
- 5 sudu besar tepung gandum
- 5 sudu besar tepung jagung
- Sedikit air
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- ½ -1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk perasa Sedap
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar tepung beras
- 2-3 tangkai cili merah
- 3-4 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 2 cawan air
- 1 biji perahan jus limau nipis
- ATAU 4-5 sudu besar cuka makan
- ½ sudu kecil parutan halia
- 2 sudu besar sos ikan
- Akar ketumbar
- Air bancuhan tepung jagung
- 2-3 sudu besar gula
- Sedikit garam
- 1Buang kulit dan tulang sotong. Potong membulat dan buang gigi sotong.
- 2Gaul dengan garam dan baking powder. Gaul sebati
- 3Perap sotong dalam peti ais.
- 1Potong kasar cili merah besar, cili padi (merah) dan bawang putih.
- 2Masukkan dalam blender bahan potong kasar dan sedikit air. Kisar kasar.
- 3Daun ketumbar, simpan akar dan hiris kasar daun ketumbar.
- 4Masuk dalam periuk bahan kisar kasar, tambah sedikit air dan halia parut.dan masak sehingga mendidih,
- 5Masukan akar ketumbar, cuka makan, sos ikan, garam, air bancuhan tepung jagung dan gula.
- 6Tutup api bila dah mendidih.
- 1Pecahkan telur dan ambil telur putih saja.
- 2Bilas sotong dengan air dan toskan air. Lap sikit supaya kering.
- 3Masukkan telur putih, serbuk cili, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, sebuk perasa Sedap, sos tiram dan garam.
- 4Gaul sekata.
- 5Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Tuang air dan gaul sehingga sebati, agak- agak sederhana cair.
- 1Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk cili, serbuk perasa Sedap, garam, baking powder dan tepung beras. Kacau sekata.
- 2Salut sotong sehingga tepung bersalut sekata.
- 3Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
- 4Kacau sedikit sehingga tepung garing dan keperangan.
- 5Angkat dan rehatkan sotong atas jaring sebelum dihidang.
- •Boleh ganti cuka makan dengan jus lemon ataupun jus limau nipis
- •Untuk elakkan sotong liat, perap garam dan baking powder sebelum masak.
- •Minyak kena banyak dan tenggelam sotong, takut tepung salutan tertanggal dari sotong kalau minyak kurang.
- •Goreng jangan terlalu lama takut sotong keras.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...
