
Vietnam Roll Sos Hijau
Kali ni Che Nom nak share resepi yang bertemakan sayur pulak, sebab sebelum ni asyik daging dan asyik ayam je kan. Jom tengok cara nak buat Vietnamese spring roll atau Vietnam roll yang dicicah bersama dengan sos hijau yang lemak, berkrim dan pedas rasanya.
Untuk Vietnam roll kita guna rice paper yang diperbuat dari beras. Tak perlu masak, cuma rendam sekejap aja smpai lembut dan gulung, tapi kena bnyk praktis sebab kalau lembut sangat boleh koyak dan kalau keras pula susah nk gulung. Inti pula boleh guna bahan-bahan yang kita suka. Sama ada nak letak salad, sayur dan ulaman, letak crabstick. Crabstick ni ramai org berniaga guna dan kalau nak lebih sihat boleh juga letak chicken grill.
Sos hijau nya memang padu, warna hijau tu datang dari 2 bahan iaitu ketumbar dan cili hijau. Sos ni ada rasa masam, manis, dan berlemak. Boleh bikin ketagih. Kalau dulu Che Nom dah share resepi sos merah, kalini kita buat sos hijau lah pulak. Menu ni popular kalau buat berniaga, jadi kalau sesiapa yang nak cari duit poket boleh lah cuba.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- Rice paper
- Suhun
- Timun
- Lobak merah
- Daun Salad
- Anggaran 15 batang jejari ketam
- 3/4 cwn mayonis
- 1 pokok daun ketumbar
- 8 tangkai cili padi hijau
- 2 sb sos ikan
- 1/2 sb gula perang
- 1/3 cawan air
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji limau nipis (ambij jus)
- Secubit garam
- 1Potong carrot dan timun nipis dan memanjang (julienne cut).
- 2Crabstick rendam dalam air suam kemudian belah 2 (boleh ganti udang atau sotong rebus kalau suka).
- 3Rebus suhun anggaran 3-4 minit kemudian tutup api dan biarkan suhun kembang. Bila dah kembang boleh tos air dan bilas dengan air biasa untuk buang kanji.
- 4Rendam rice paper dalam air 1-2 saat
- 5Susun crabstick, salad, suhun, timun dan carot ditengah-tengah
- 6Gulung rice paper sampai habis kemudian potong 2.
- 1Cili padi hijau buang tangkai.
- 2Kisar halus mayonis, cili padi hijau, daun ketumbar (sekali dengan akar), gula perang, sos ikan, air, bawang putih dan secubit garam.
- 3Bila dah siap kisar, perah masuk jus limau nipis dan gaul sebati.
- 4Sedia untuk dihidang dengan Vietnam spring rolls.
- •Lepas rebus suhun, kita kena bilas dengan air sejuk untuk elak suhun melekat.
- •Air untuk rendam rice paper tu seeloknya guna air masak, kalau air paip nanti sakit perut pulak. Kalau air tu suam-suam sikit lagi bagus baru rice paper cepat lembut.
- •Sebelum rendam rice paper Che Nom dah basahkan tangan dan pinggan untuk elak rice paper melekat.
- •Rice paper tu jangan terlebih rendam sebab lepas angkat dia akan lembut sikit lagi.
- •Untuk elak rice paper cepat koyak kita kena letak salad sebagai base (Che Nom letak selepas letak crabsticks) baru letak bahan-bahan yang keras macam timun dan carrot.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kerabu Mangga
Resepi Kerabu Mangga, Resepi yang tak asing lagi sebagai hindangan sampingan. Menggunakan Bunga Kantan, Udang Kering, Ka...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Vietnamese Spring Rolls dan Sos Pedas
Vietnamese spring rolls dihidangkan bersama sos pencicah pedas ala Thai kegemaran Che Nom versi lemak dan pedas. Hidangan yang sihat dan senang untuk dicuba.
Diterbitkan pada 28 Julai 2024

Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Goreng
Resepi Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Goreng pembuka selera, Ikan bilis yang di goreng rangup dan tempe segar menjadi hidan...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Mee Goreng Daging Basah
Menu daging kali ini iaitu mee goreng daging versi basah. Cara dalam resepi ini, Che Nom rebus dulu daging sampai lembut...
Diterbitkan pada 25 Julai 2022

Acar Rampai
Seperti yang dijanjikan, Che Nom nak share resepi Acar Rampai. Menu sampingan yang selalu ada di waktu kenduri kendara d...
Diterbitkan pada 26 September 2022
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...