
Asam Pedas Ayam Johor
Kali ni jom tengok Che Nom masak masakan yang sangat terkenal di negeri Johor iaitu Asam Pedas Ayam. Biasanya kita makan asam pedas ikan kan ha, buat sesiapa yang belum pernah masak dengan ayam atau tak pernah makan asam pedas ayam, anda wajib cuba. Memang tak sangka sedap rupanya lauk ni. Dari segi bahan, versi Johor tak ada diletakkan halba atau rempah.
Nak dapatkan kuah asam pedas yang sedap, bahan-bahan kisar mestilah ditumis lama sampai pecah minyak, dan sampai masak eloklah orang kata. Barulah betul-betul menjadi dan sedap macam masakan nenek-nenek kita dulu.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1-2 ketul kunyit
- 1 inci halia
- 6 biji bawang merah kecil
- 5 ulas bawang putih
- 1/2- 1 kuntum bunga kantan
- 1 biji tomato
- 5 batang bendi
- 1 ikat daun Kesum
- 15-20 biji cili kering
- Air pati asam jawa
- 1/2 - 1 ekor ayam
- 1.5 cwn minyak masak
- Garam secukup rasa
- 1 sk serbuk perasa
- Air, untuk kuah
- 1Serai potong 2 dan ketuk.
- 2Hiris nipis lengkuas, halia, kunyit, bawang merah kecil dan bawang putih.
- 3Belah 2 bunga kantan dan tomato.
- 4Gunting cili kering dan rebus 5-8 minit.
- 5Rendam asam jawa dengan air panas dan ramas.
- 6Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, cili kering dan air.
- 7Panaskan minyak dan tumis serai
- 8Masuk bahan kisar halus dan air.
- 9Masak sampai pecah minyak. Ulang 3 kali tambah air dan masak sampai kering.
- 10Masukkan ayam dan sambung masak sampai ayam kecut.
- 11Masukkan bunga kantan, daun kesum, air asam jawa, garam, serbuk seasoning dan air untuk lebih berkuah.
- 12Reneh sampai ayam masak dan kuah pekat.
- 13Masuk tomato dan bendi. Kacau sekejap dan boleh tutup api.
- •Lengkuas kalau keras sangat, hiris nipis-nipis biar senang hancur.
- •Bahagian batang bunga kantan kalau nak masuk jugak pon boleh, wangii.
- •Kalau nak lebih berkuah dan cair boleh tambah air.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kari Ayam Pedas Kuah Pekat Dan Likat
Harini jom kita masak kari, kari ni kalau sebelah utara biasa panggil gulai. Walaupun kari ayam ni masakan yg biasa ...
Diterbitkan pada 23 Jun 2022

Ayam Masak Merah 2.0
Kali ni Che Nom nak share resepi Ayam Masak Merah yang sesuai sangat untuk dipadankan dengan nasik minyak ala kenduri. T...
Diterbitkan pada 19 September 2022

Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai
Kali ni jom kita tengok resepi Ayam Masak Paprik ala kedai tomyam yang pedas dan mantap. Lama dulu Che Nom dah per...
Diterbitkan pada 13 April 2022

Ayam Varuval
Resepi kali ini ialah Ayam Varuval, masakan India yang terkenal dan disukai ramai. Sejujurnya Che Nom tak pernah masak a...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Rendang Ayam Cili Api Hijau
Rendang Ayam Cili Api hidangan yang lengkap dengan rasa berempah, berlemak dan pedas dari cili api fresh. Sesuai dimakan bersama lemang atau nasik impit, nak makan dengan nasi lemak pon sodap.
Diterbitkan pada 27 Jun 2024

Ayam Masak Cili Kering
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 m...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.