
Ayam Cili Padi, Pedas Pembuka Selera
Kali ni Che Nom nak share resepi masakan ayam iaitu Ayam Masak Cili Padi. Lauk ni tak susah nak memasaknya dan mesra dapur bujang. Yang penting kena pedas berapi baru mantap rasa nya. Mula-mula kita goreng dulu ayam dan juga kentang, seterusnya masak bahan goreng dengan tumisan cili padi. Hasil Ayam Masak Cili Padi ni sedikit berkuah yang masam-masam pedas rasanya. Makan dengan nasi putih panas sahaja dah cukup membuka selera.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 biji tomato
- 1/2 ekor ayam
- 1 biji kentang
- Sedikit garam
- 1/2 sb serbuk kunyit
- 20-25 tangkai cili padi
- 1 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 sb sos tiram
- 3-4 helai daun limau purut
- 1 biji bawang holland
- 1Buang tangkai cili padi dan potong kasar,
- 2Potong kasar bawang putih dan bawang besar.
- 3Masukkan cili padi, bawang putih dan bawang besar dalam chopper dan kisar kasar.
- 4Potong kasar tomato. Kalau tomato kecil boleh letak 2 biji tomato.
- 5Kentang potong memanjang ala wedges.
- 6Bawang holland potong membulat. Kalau nak ganti dengan bawang Bombay pon boleh.
- 7Serai trim hujung (atas dan bawah) dan titik atau tumbuk kasar.
- 8Ayam potong kecil, kalau seekor boleh potong 16 bahagian. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
- 9Gaul kentang dengan sedikit garam.
- 10Panaskan minyak dan goreng kentang. Bila dah perang kedua-dua belah boleh angkat dan toskan minyak.
- 11Dalam minyak yang sama goreng pulak ayam sampai ¾ masak (kalau nak masak kesemuanya pon boleh tapi ayam akan keras la sikit). Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.
- 12Keluarkan sedikit minyak, tinggal anggaran 2 senduk.
- 13Tumis bahan kisar kasar sampai lembut. Kacau sebati.
- 14Masukkan serai dan kacau sampai bawang layu.
- 15Masukkan hirisan tomato dan terus kacau sampai tomato lembut dan sedikit hancur.
- 16Untuk penambah rasa masukkan sos tiram dan serbuk perasa kemudian kacau sebati
- 17Masukkan kesemua ayam goreng dan gaul sebati.
- 18Che Nom masukkan sikit dulu garam dan rasa, sebab ayam dan kentang goreng tadi dah ada garam.
- 19Masukkan sedikit air untuk lebih berkuah. Kacau sebati dan biarkan kuah reneh sekejap
- 20Masukkan kentang goreng dan daun limau purut. Gaul sebati.
- 21Masukkan cili padi dan hirisan bawang holland. Masak sekejap, sekadar lembut bawang holland.
- 22Tutup api dah sedia untuk dihidang.
- •Ada petua dulu-dulu cakap kalau nak elak sakit perut kena kisar dengan 2-3 tangkai cili.
- •Kalau tak letak tomato boleh ganti dengan air asam jawa.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kuey Teow Ladna
Resepi Kuey Teow Ladna yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahan pula tidak semestinya sama seperti resepi di ...
Diterbitkan pada 16 Disember 2016

Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang
Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang, memang menu yang sangat membuka selera. Nangka muda mudah didapati d...
Diterbitkan pada 3 Oktober 2015
Nasi Goreng Cili Padi Pedas
Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra utk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di...
Diterbitkan pada 28 April 2020
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...