Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Kek

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap

Hai semua! Hari ni Che Nom nak kongsikan resepi Kek Oren Klasik, kek 'all time favourite' Che Nom ni. Kek ni sangat gebu, lembut, dan lembap tau, dengan bau oren yang wangi semerbak satu rumah masa bakar. Kita guna jus oren segar dan parutan kulit oren asli, jadi rasa dia memang 'umph' dan premium. Teksturnya yang lembut tu buat kita tak cepat muak, sedap sangat makan untuk minum petang atau apa-apa majlis pun. Jom cuba buat sama-sama, mesti jadi punya!
Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 14 Mei 20253.1K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • Loyang bersaiz 8x8 inci (jenis 'removable bottom' disyorkan)
  • Kertas minyak (baking paper)

  • 227g Anchor Salted Butter (atau mentega masin jenama lain)
  • 227g gula kastor
  • 3 biji telur Gred A atau B (pastikan suhu bilik)
  • Parutan kulit dari 2 biji oren Navel atau Sunkist (anggaran 2 sudu besar)
  • 135ml jus oren segar (tak perlu tapis)
  • 2 sudu besar yogurt asli ATAU susu penuh krim (suhu bilik)
  • 285g tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik

  • 70ml jus oren segar (tapis)
  • 2 sudu besar gula kastor
Cara Memasak

  1. 1
    Sapu keseluruhan bahagian dalam loyang (8x8 inci) dengan sedikit mentega.
  2. 2
    Alaskan dasar loyang dengan dua helai kertas minyak yang dipotong ikut saiz tapak. Ketepikan.
  3. 3
    Dalam satu mangkuk, ayak bersama 285g tepung gandum dan 2 sudu teh serbuk penaik. Ketepikan. (Nota: Tak perlu tambah garam jika guna salted butter).
  4. 4
    Basuh bersih buah oren. Parut halus kulitnya (bahagian oren sahaja) untuk dapatkan anggaran 2 sudu besar parutan kulit (zest).
  5. 5
    Perah jus oren. Sukat 135ml jus untuk adunan kek (tak perlu tapis) dan asingkan 70ml jus lagi (yang ini tapis) untuk sirap oren.

  1. 1
    Dalam mangkuk adunan besar, masukkan mentega lembut (suhu bilik) dan gula kastor.
  2. 2
    Guna hand mixer, pukul pada kelajuan sederhana tinggi selama 5 hingga 7 minit, atau sehingga adunan menjadi ringan, gebu macam krim, dan warnanya pucat.
  3. 3
    Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati selepas setiap biji telur dimasukkan sebelum menambah yang seterusnya.
  4. 4
    Masukkan parutan kulit oren, kacau rata.
  5. 5
    Masukkan 2 sudu besar yogurt asli (atau susu penuh krim). Pukul sekadar sebati.
  6. 6
    Masukkan separuh daripada campuran tepung yang telah diayak. Diikuti dengan kesemua 135ml jus oren segar.
  7. 7
    Pukul pada kelajuan paling rendah atau kaup balik guna spatula hingga hampir sebati.
  8. 8
    Masukkan baki campuran tepung. Sambung kaup balik atau pukul dengan kelajuan rendah sekejap sahaja, cukup sekadar adunan bercampur rata dan tak nampak ketulan tepung. Jangan terlebih pukul!

  1. 1
    Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170°C (api atas bawah).
  2. 2
    Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaannya dengan spatula.
  3. 3
    Hentak loyang perlahan beberapa kali di atas meja untuk keluarkan gelembung udara besar.
  4. 4
    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 45 hingga 55 minit.
  5. 5
    Selepas 45 minit, uji kek dengan mencucuk bahagian tengah menggunakan lidi sate. Jika lidi keluar bersih, kek dah masak. Jika masih ada adunan basah melekat, sambung bakar 5-15 minit lagi.
  6. 6
    Keluarkan kek dari oven. Biarkan kek di dalam loyang selama 10-15 minit sebelum proses seterusnya.

  1. 1
    Dalam periuk kecil, satukan 70ml jus oren (yang ditapis) dan 2 sudu besar gula kastor.
  2. 2
    Masak atas api perlahan sambil kacau sehingga gula larut sepenuhnya. Tak perlu sampai mendidih. Ketepikan supaya suam sedikit.

  1. 1
    Selepas kek berehat 10-15 minit dalam loyang (kek masih suam), cucuk-cucuk permukaan kek dengan lidi sate secara rata dan banyak.
  2. 2
    Tuangkan sirap oren (suam) perlahan-lahan ke atas permukaan kek yang telah dicucuk. Biarkan sirap meresap masuk.
  3. 3
    Biarkan kek dalam loyang selama lebih kurang 15 minit lagi.
  4. 4
    Keluarkan kek dari loyang (jika guna jenis 'removable bottom', tolak dasar loyang ke atas). Letakkan kek di atas redai.
  5. 5
    Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong mengikut saiz yang disukai.
  6. 6
    Hidangkan Kek Oren Klasik bersama teh O atau kopi O panas untuk minum petang.
Petua & Panduan
  • Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong supaya kek tak hancur atau berderai.
  • Yogurt asli atau susu penuh krim membantu menjadikan kek lebih lembap dan lembut.
  • Simpan mentega dalam bentuk kiub-kiub kecil dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.
  • Gunakan mentega (Anchor Salted Butter disyorkan) dan telur pada suhu bilik untuk hasil kek yang gebu dan sekata.
  • Pukul mentega dan gula (proses 'creaming') sehingga betul-betul kembang, ringan, dan pucat (5-7 minit) untuk tekstur kek yang ringan.
  • Gunakan oren jenis Navel atau Sunkist sebab kulitnya tebal, senang diparut dan banyak jus. Parut bahagian oren sahaja, elakkan bahagian putih supaya tak pahit.
  • Jangan terlebih pukul ('overmix') adunan selepas memasukkan tepung. Cukup sekadar kaup balik atau putar perlahan hingga sebati untuk elak kek jadi keras atau mendap.
  • Cucuk permukaan kek yang masih suam dengan lidi sebelum tuang sirap oren supaya sirap meresap elok dan kek lebih lembap.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Resipi Komuniti

Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami

Lihat Semua

Kongsi Resipi Anda Sendiri!

Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru