
Maggi Hailam Kayangan
Apa khabar semua. Resepi yang Che Nom nak share kali ni ialah maggi hailam. Menu kategori yang kita boleh panggil one pot meal lah kan sebab semuanya kita masak sekali dalam kuali dan terus sedia untuk hidang dan makan.
Mula-mula kita sediakan bahan-bahan, kemudian maggi tu dicelur sedikit, jangan sampai masak lembut sekadar terlerai aja untuk elak maggi jadi cepat kembang bila makan. Kemudian, kita masak kuah hailam yang pekat, dan letak macam-macam bahan seafood, ayam, sayur dan masak supaya kuah pekat secukup rasa, dan kemudian boleh lah hidang. Sedap dimakan bersama perahan jus limau nipis.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 6 ekor udang
- 3 keping maggi kering
- 1-2 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- 5-6 ekor sotong
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 4 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar cili kisar
- Isi ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1/2-1 lobak merah
- 8-10 bebola ikan
- 4 cawan air rebusan udang (optional)
- Atau jumlah sama air putih
- 3-4 sudu besar kicap pekat manis
- Sayur putik jagung
- 1/2 kiub pati ayam
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 sudu besar tepung jagung
- Sedikit air
- 1 biji tomato
- Sayur brokoli
- 5-6 tangkai cili padi
- Daun sup
- Bawang goreng
- 1 biji limau nipis
- 1Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
- 2Lobak merah kupas kulit dan potong menyerong.
- 3Sayur baby corn belah 2, boleh potong menyerong kalau suka.
- 4Tomato belah 4.
- 55.Brokoli, rendam dalam air cuka, bilas dengan air dan potong sama besar.
- 6Fish ball belah 2, boleh ganti fish cake kalau suka.
- 7Daun sup potong sederhana halus, kalau nak ganti dengan daun bawang pon boleh.
- 8Cili padi buang tangkai dan potong sikit hujung cili.
- 9Limau nipis belah dua.
- 10Celur maggi dalam air mendidih anggaran 30 saat. Kacau sikit dan toskan air.
- 11Bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak (barulah maggi tak kembang).
- 1Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, sebagai bahan untuk pekatkan kuah nanti. Kacau sebati dan ketepikan.
- 2Masak sotong dalam kuali panas tanpa minyak (macam goreng tanpa minyak).
- 3Masukkan lada sulah (pilihan). Kacau sampai sotong bertukar warna putih. Angkat dan ketepikan.
- 4Panaskan minyak dan tumis bawang sampai kekuningan. Masukkan juga cili kisar, kacau sampai garing.
- 5Masukkan isi ayam dan kacau sampai separuh masak.
- 6Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati
- 7Masukkan carrot dan bebola ikan. Kacau sebati.
- 8Masukkan air rebusan kulit udang homemade (pilihan), caranya rebus kulit udang dengan air kemudian kisar dan tapis air. Kalau tak nak boleh ganti dengan air biasa.
- 9Masukkan udang, kicap pekat manis, sayur baby corn, kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam.
- 10Bila kuah dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit.
- 11Masukkan tomato, sotong, brokoli dan cili padi. Tambah air kalau nak lebihkan kuah
- 12Akhir sekali bila nak makan baru masuk maggi yang telah celur tadi. Kacau sikit dan terus hidang.
- 13Tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan limau nipis untuk hiasan.
- •Selepas celur, bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak barulah maggi tak kembang.
- •Masak sotong dalam kuali panas tanpa minyak macam goreng tanpa minyak. Cara ni dapat elak sotong terlebih masak dan liat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Mee Goreng Daging Ala Mamak
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsikan cara untuk masak Mee Goreng Daging ala Mamak versi sempoi atau express. Kenapa s...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Mee Goreng Daging Basah
Menu daging kali ini iaitu mee goreng daging versi basah. Cara dalam resepi ini, Che Nom rebus dulu daging sampai lembut...
Diterbitkan pada 25 Julai 2022

Maggi Goreng Sambal Penyet
Seperti yang dijanjikan, selepas Che Nom berkongsi video cara untuk sediakan Sambal Penyet yg boleh disimpan sebagai sto...
Diterbitkan pada 11 November 2022

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.
Diterbitkan pada 13 Mei 2025

Mee Hailam Kuah Pekat Banjir, Mudah dan Sedap
Resepi Mee Hailam. Buat peminat masakan berasakan mee dan berkuah, juga kepada yang sukakan menu ringkas, cepat dan muda...
Diterbitkan pada 17 November 2019
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.