
Nasi Ayam Claypot
Kali ni Che Nom nk share resepi masakan yang berasal dari China, iaitu Claypot chicken Rice. Ada banyak variasi sebenarnya bila kita tengok resepi di internet. Jadi Che Nom rujuk semua dan olah ikut kesesuaian sendiri, yang mudah lah untuk masak kat rumah.
Yang penting, Claypot Chicken rice ni, ayam tu kena masak dengan cukup rasa perapan, moist dan lembut. Kena rasa bwg putih, halia, juga campuran kicap dengan minyak bijan yang sesuai..baru lah sedap. Satu lagi, kerak nasi pun mesti kena ada bila kita masak dengan claypot..barulah lah tip top hasilnya. Che Nom kongsikan juga tips ayam masak sempurna utk beginner dan cara nak dapatkan nasi yang berkerak. Menarik betul cara masakannnya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 ketul ayam
- 2 sb kicap cair
- 1/2 sk kicap pekat
- 1 sb sos tiram
- 1 sk gula perang
- 1 sk serbuk pati ayam
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sk minyak bijan
- 1 sb tepung jagung
- 1/2 sk garam
- 2 tangkai cili kering
- 3/4 cwn beras
- 1 cwn air
- *Boleh lebihkan beras jika suka
- 1 sk minyak masak
- Daun bawang
- Cendawan Shiitake
- 3 ulas bawang putih
- 2-3 ketul ikan masin
- 4 sb minyak masak
- 1 1/2 sb kicap cair
- 1-2 sb kicap pekat
- 1 sk minyak bijan
- 1Potong kasar daun bawang.
- 2Gunting kasar cili kering dan rendam sekejap.
- 3Bilas cendawan shiitake dengan air dan lap kering. Kemudian belah 2.
- 4Ayam potong kecil-kecil dan bilas dengan air.
- 5Perap ayam dengan kicap cair, minyak bijan, kicap pekat, sos tiram, gula perang, serbuk pati ayam, bawang putih, halia, garam, cili kering dan tepung jagung.
- 6Perap 1/2 - 1 jam.
- 7Masak ayam sampai separuh masak. Tambai air sikit kalau kering.
- 8Masuk cendawan dan sambung sampai ayam 1/2 masak.
- 9Tutup api dan ketepikan.
- 1Cincang kasar bawang putih.
- 2Ikan masin, potong kecil-kecil, buang tulang dan rendam 3-4 minit.
- 3Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai keperangan.
- 4Masuk bawang putih cincang dan kacau sampai bawang putih keperangan.
- 5Tutupi api dan angkat.
- 1Campur kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan.
- 1Basuh beras dan rendam dalam claypot selama ½ jam.
- 2Toskan air rendaman.
- 3Tambah air dan minyak masak.
- 4Masak atas api sederhana sampai nasi mendidih.
- 5Masuk ayam dan cendawan kemudian sambung masak sampai dengar bunyi kriuk-kriuk / berdesir.
- 6Bila nasi dah masak, tuang masuk minyak bawang putih dan ikan masin goreng.
- 7Drizzle kuah kicap dan tabur daun bawang.
- 8Tutup balik tudung claypot 2-3 minit sebelum makan.
- •Kita kena senget setiap belah periuk untuk dapat kerak nasi sampai atas.
- •Tips untuk dapat kerak, tuang minyak pada keliling tudung claypot.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Peria Goreng Rangup
Resepi peria goreng yang sangat rangup dan sedap. Che Nom rujuk kepada blog Allahyarham Mamak Haji, yang memang tak pern...
Diterbitkan pada 23 Mac 2021

Kuey Teow Goreng dan Cili Potong Kicap
Resepi Kuey Teow Goreng yang menjadi kegemaran keluarga Che Nom. Bahan-bahannya mudah, tapi mungkin perlu diberi se...
Diterbitkan pada 21 November 2019
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...