
Peria Goreng Rangup
Resepi peria goreng yang sangat rangup dan sedap. Che Nom rujuk kepada blog Allahyarham Mamak Haji, yang memang tak pernah lokek berkongsi ilmu masakan,memang sumber rujukan tetap kalau nk belajar masakan style mamak. Dalam video juga Che Nom kongsikan TIPS untuk cara gorengan supaya peria goreng kita tu nanti tahan lama rangupnya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- ¼ kiub ayam
- sedikit garam
- 1 biji telur
- 4-5 biji peria katak
- 1 ½ sudu besar tepung beras
- 1 ½ sudu besar serbuk cili
- ¼ sudu kecil garam
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar santan pekat
- air sejuk, secukupnya untuk kepekatan salutan
- ¼ sudu kecil baking powder
- 1Hiris nipis peria katak.
- 2Masukkan tepung beras, serbuk cili, sedikit garam sekaligus didalam mangkuk dan kacau. Kemudian, celup dan salut kepingan peria dengan dengan bahan tersebut.
- 3Bagi bancuhan salutan, masukkan tepung gandum, tepung jagung atau tepung ubi, kiub ayam, serbuk lada hitam, garam dan lebihan salutan tepung peria (jika ada). Lalu, masukkan telur dalam adunan dan santan pekat (pilihan).
- 4Bancuh adunan dengan air sejuk dan kacau sehingga kesemua bahan sekata.
- 5Tambah sudu kecil baking powder (pilihan) dan tambah air sejuk jika adunan terlalu pekat.
- 6Panaskan minyak dan gunakan api yang sederhana untuk menggoreng.
- 7Celup kepingan salutan peria kedalam adunan dan goreng dengan masa yang lama serta mengacaunya dengan kerap sehingga ia cukup kekuningan.
- 8Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Kemudian, peria goreng super rangup siap dihidang.
- •Bagi mengurangkan rasa pahit peria, gaulkan ia dengan sedikit garam selama 10-15minit. Kemudian, bilas dengan air dan keringkan peria.
- •Peria goreng yang rangup adalah daripada cara gorengan yang betul dengan api yang sederhana dan kerap kacau. Jika menggunakan api yang kuat ia mengakibatkan peria masak perang di luar tapi dalam masih lembik dan erangupan juga tak bertahan lama.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Nasi Ayam Claypot
Che Nom berkongsi resepi Claypot Chicken Rice versi mudah untuk dicuba di rumah. Resepi ini diolah mengikut citarasa sendiri dengan ayam yang diperap sempurna. Tips untuk beginner turut dikongsikan bagi mendapatkan ayam yang moist dan lembut serta nasi yang berkerak.
Diterbitkan pada 17 Januari 2025

Kuey Teow Goreng dan Cili Potong Kicap
Resepi Kuey Teow Goreng yang menjadi kegemaran keluarga Che Nom. Bahan-bahannya mudah, tapi mungkin perlu diberi se...
Diterbitkan pada 21 November 2019
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...