
Nasi Briyani Ekonomi
Assalamualaikum, kali ni Che Nom nak share resepi nasi briyani telur. Menu yang sedap dan menjimatkan. Biasa kalau masak kita guna ayam ayam atau daging, apa kata cuba buat versi telur pulak. Kentang pon ada letak juga diletak dalamm masakan ni.
Dalam vdeo ni Che Nom masak nasi guna beras biasa, bukan beras basmathi. Untuk student pun sesuai sangat, sekali masak ramai-ramai boleh kongsi makan. Mula-mula kita masak dulu lauk briyani telur berkuah, dan kemudian masak nasi dengan baki kuah tadi dan akhir sekali baru kita susun telur dan kentang di atasnya. Bau semerbak harum bawang goreng dan ketumbar yang ditabur cukup buatkan terliur nak makan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 8 biji telur rebus
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 sk serbuk kari
- Minyak masak
- 2 biji kentang
- 1/2 sk garam
- 2 biji bawang besar
- 1-2 sb majerin
- Rempah 4 sekawan
- 1/2 sb biji lada hitam (pilihan)
- 2 biji cili hijau
- 1 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 1 helai daun pandan
- 2 sb rempah briyani
- 1/2 sb serbuk cili
- 2 biji tomato
- 1 sk garam
- 1/2 cwn susu krim penuh
- ATAU yogurt
- 1 kiub pati ayam
- 2 cwn beras
- 1 cwn susu krim penuh
- 1 1/2 cwn air
- Daun ketumbar
- Pewarna oren (pilihan)
- Daun ketumbar
- 1 sb gula
- 1/4 sk garam
- 1 batang timun
- 1 biji tomato
- 1/2 biji bawang holland
- 1/4 sk serbuk lada hitam
- Sedikit jus lemon
- 1Tabur bawang goreng dan daun ketumbar.
- 2Potong bawang besar, daun ketumbar, cili hijau dan tomato.
- 3Parut halia dan bawang putih.
- 4Kentang kupas kulit, basuh, potong wedges dan gaul dengan sedikit garam.
- 5Kupas telur rebus dan kelar sikit. Gaul telur dengan serbuk kunyit dan serbuk kari.
- 6Basuh beras dan toskan air.
- 7Panaskan minyak dan goreng kentang sampai perang. Kemudian angkat dan toskan minyak.
- 8Goreng bawang merah sampai garing. Angkat dan toskan minyak.
- 9Goreng telur perap tadi. Bila dah garing boleh angkat dan ketepikan dulu.
- 10Tambah majerin dan tumis rempah 4 sekawan, biji lada hitam dan cili hijau.
- 11Masukkan pes halia, bawang putih dan daun pandan.
- 12Masuk rempah briyani, serbuk cili dan sedikit air. Tumis sampai rempah pekat dan pecah minyak.
- 13Masuk tomato, 1/2 bawang goreng, garam, susu (atau yogurt), telur, kiub pati ayam dan kentang goreng. Kacau sampai bergaul sebati.
- 14Keluarkan kentang, telur dan separuh kuah.
- 15Tuang masuk beras dan goreng sekejap.
- 16Masukkan susu full cream, air dan batang ketumbar. Tambah garam kalau perlu. Masak sampai kering.
- 17Bila nasi dah masak boleh susun kentang, telur dan baki kuah atas nasi.
- 18Buat lubang pada nasi dan titis masuk sedikit pewarna oren.
- 19Tutup tudung periuk semula, biar nasi kering dan serap air.
- 1Potong dadu timun, tomato dan bawang holland.
- 2Masukkan serbuk lada hitam, daun ketumbar, garam, gula dan jus lemon.
- 3Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.
- •Buang isi tengah timun sebab nak elak salad berair sangat nanti.
- •Boleh sambung masak nasi dalam rice cooker atau pressure cooker untuk lebih senang.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Puding Karamel
Siapa suka makan pudding caramel? Kali ni Che Nom nak share resepi puding caramel kegemaran Che Nom. Bahan-bahannya tak ...
Diterbitkan pada 28 Jun 2022

Peria Goreng Telur
Resepi Peria Goreng Telur yang ringkas dan sedap. Ini adalah masakan sayur kegemaran Che Nom, dan peria juga sangat bagu...
Diterbitkan pada 14 Oktober 2019

Sandwich Telur Sedap
Resepi Sandwich Telur yang paling mudah untuk disediakan di waktu sarapan pagi atau minum petang. Sesuai desediakan untu...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2016

Kuih Bahulu Tiga Bahan Tanpa Agen Penaik Premium
Bahulu klasik dengan teknik dan tips bonus untuk hasil paling gebu dan rangup.
Diterbitkan pada 23 Januari 2025

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.
Diterbitkan pada 13 Mei 2025

Tart Telur
Tat telur yang senang dan mudah disediakan. Sedap bila dimakan....
Diterbitkan pada 1 Oktober 2013
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.