Nasi Lemak Bungkus
Hi semua, untuk kali ini Che nom sediakan nasi lemak bungkus sebab rindu nak balik kampung tapi tak boleh sebab PKPB. Jadi kenalah buat sendiri kat rumah. Kat kampung Che nom memang banyak dijual nasi lemak bungkus kecil-kecil untuk sarapan pagi. Memang best sangat. Makan pula dengan kopi O atau teh O, sedap tak terkata. Cara masak nasi lemak kali ini lebih ringkas, tapi tetap sedap. Sambal tumis pula memang padu. Pekat, pedas, masam, manis semua cukup rasa. Sebungkus memang tak cukup ini.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 ½ biji bawang besar
- 4-5 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 25-35 biji cili kering
- ½ inci belacan
- ½ cawan ikan bilis
- sedikit air
- ½ - 1 cawan minyak masak
- ½ biji bawang besar
- air asam jawa
- gula melaka
- ½ - 1 biji bawang holland
- 1 helai daun pandan
- garam secukup rasa
- 1 biji bawang merah kecil
- 1 inci halia
- 3 cawan beras
- 4 ½ cawan (santan + air)
- 1 helai daun pandan
- ½ sudu kecil halba (optional)
- garam secukup rasa
- kacang tanah goreng
- ikan bilis
- telur rebus
- telur goreng
- timun
- 1Rebus cili kering dengan air secukupnya hingga tenggelam sebelum dikisar, lalu toskan air.
- 2Panaskan minyak dan tumis hirisan halus bawang besar sekadar lembut.
- 3Masukkan bahan kisar halus, sedikit air, air asam jawa, dan gula melaka. Masak sehingga sambal pekat dan kering dengan api yang sederhana.
- 4Selepas anggaran 40 minit, masukkan bawang holland, tambah pandan jika mahukan sambal lebih wangi, dan garam secukup rasa.
- 5Masak dalam anggaran 15 minit sampai bawang holland menjdai lembut.
- 1Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih
- 2Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak
- 3Hiris nips bawang merah kecil dan halia.
- 4Panaskan minyak. Tumis bahan hiris nipis, daun pandan dan beras.
- 5Masukkan santan dan air, garam secukup rasa, halba (pilihan) lalu pindahkan semua kedalam periuk nasi.
- 1Rebus telur dan potong timun.
- 2Goreng kacang tanah sehingga kekuningan dengan api yang perlahan dan kerapkan menggacau untuk mengelakkan ia hangus.
- 3Goreng ikan bilis sehingga garing. Bila sudah tak berbuih minyak, angkat dan tos minyak.
- 4Sediakan kertas balutan dan letakkan daun pisang menegak dari kertas, lalu sukat nasi dengan cawan dan letak di atas daun pisang.
- 5Hiaskan di atas nasi lemaktelurm timun, kacang tanah, ikan bilis dan sambal tumis.
- 6Balut nasi lemak dengan kemas.
- •Selepas rebus telur, rendamkan ia sekejap dalam air paip untuk memudahkan mengupas kulitnya nanti.
- •Kacang tanah yang sudah kekuningan, hendaklah diangkat segera kerana proses memasak masih berlaku walaupun sudah diangkat. Boleh saja diletakkan bawah kipas untuk elakkan hangus.
- •Jika menggunakan cili kering untuk diuat sambal, rebus dan dibuang biji.
- •Jika inginkan biji cili kering hancur semasa dikisar, boleh ditambah sedikit minyak masak.
- •Jika memasak sambal, minyak haruslah lebih agar cili cepat masak dan dimasak sempurna dan boleh saja menggunakan minyak bekas goreng ikan bilis.
- •Jika menggunakan santan kotak, letakkan minyak sedikit, jika santan asli tak mengapa.
- •Layur daun pisang untuk menggelakkan ia mudah koyak untuk dipotong.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Nasi Goreng Kampung
Resepi Nasi Gorang Kampung, sajian kegemaran ramai. Sedap dan simple, sesuai untuk makan makan, enak di hidang bersama s...
Diterbitkan pada 18 Mei 2014

Sambal Tumis Ikan Kembung
Sambal Tumis Ikan Kembung, menu ala-ala kampung yang tak jemu dimakan. Paling sedap jika dimakan bersama sayur tumis air...
Diterbitkan pada 25 Januari 2018

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Terung Pipit
Masakan ala kampung yang pasti menjadi pembuka selera. ...
Diterbitkan pada 18 Mac 2014

Gulai Daging Utara Istimewa
Resepi pada kali ini memang sungguh istimewa. Saya kongsikan Resepi Gulai Daging Utara yang sedap, lebih kurang sama den...
Diterbitkan pada 6 September 2014

Nasi Goreng Kampung
Menu kali ini, Nasi goreng kampung. Untuk dapatkan nasi goreng kampung yang berderai dan garing, kita perlu guna nasik s...
Diterbitkan pada 10 Oktober 2022

Kek Marble Kampung
Sejak 2-3 hari teringin sangat nak makan kek, dan Che Nom ni penggemar kek yang biasa-biasa aje, yang tak fancy sangat d...
Diterbitkan pada 15 Januari 2025
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...