
Nasi Lemak Tumis
Resepi Nasi Lemak yang saya adaptasi dari resepi kak Azlita Aziz di video instagram nya. Selalunya Che Nom tak gunakan kaedah menumis kalau masak nasi lemak, tapi bila tgk kak Ita masak nasi lemak gunakan cara menumis teringin pula nak cuba. Memang betul-betul sedap kerana nasi lemak ini akan lebih wangi dan rasa manis bawang yang ditumis tu menambahkan rasa manis yang tersendiri. Sedap dihidang bersama ayam goreng berempah atau ayam rendang.
Terim kasih kepada kak ita kerana sudi berkongsi. Anda harus cuba resepi ini.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 cawan beras
- santan, agak-agak
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu kecil halba
- 1 inci halia, hiris nipis
- 1 batang halia, ketuk
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
- sedikit minyak untuk menumis
- garam secukup rasa
- 1Basuh beras dan toskan.
- 2Panaskan minyak di atas dapur dan tumis bawang, halia, halba, serai dan daun pandan sehingga bawang lembut dan naik bau.
- 3Masukkan beras dan kacau seketika.
- 4Masukkan santan anggaran sehingga air satu ruas jari.
- 5Masukkan garam secukup rasa dan kacau sedikit supaya garam larut sekata.
- 6Tutup penutup dan pindah ke periuk nasi elektrik. Jika tidak, anda boleh teruskan masak di atas api sehingga masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ikan Masak Cuka
Masak-masak hari ni Che Nom nak tunjuk cara untuk sediakan ikan masak cuka, ada juga yang panggil jeruk ikan. Lauk ini s...
Diterbitkan pada 3 Ogos 2022

Ayam Butter Kicap dan Nasi Butter
Resepi mudah Ayam Butter Kicap yang dipadankan dengan Nasi Butter, sesuai untuk yang buntu nak masak apa. Ayam Butter Kicap berkuah pekat dengan rasa manis-manis pedas berlemak, manakala Nasi Butter pula lembut, lemak bersusu dan wangi.
Diterbitkan pada 11 September 2023

Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga. Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang...
Diterbitkan pada 26 Julai 2018
Ayam Masak Merah Berempah
Ayam Masak Merah Berempah, yang cukup pedas, masam, manis, masin…baupun sangat wangi membuka selera. Hidangan ni hampir ...
Diterbitkan pada 23 Mac 2021
Ayam Masak Kam Heong
Ayam Masak Kam Heong, yang biasanya Che Nom makan kat restoran Chinese Muslim. Hidangan ni sangat lah wangi, cukup rasa ...
Diterbitkan pada 30 Jun 2020

Kuih Kaswi
Resepi Kuih Kaswi yang cukup mudah kerana sukatannya hanya menggunakan cawan. Che Nom masak dahulu gula merah dan gula p...
Diterbitkan pada 10 Ogos 2018
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.